Antonio Conte Bengang Dengan Diego Costa Sejak November 2016 Lagi

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Peminat Chelsea dikejutkan dengan pengakuan Diego Costa yang dibuat selepas perlawanan persahabatan Sepanyol menentang Colombia di mana Costa mendedahkan pengurus Chelsea, Antonio Conte telah menghantar mesej dan memberitahu Costa tiada dalam perancangan.

"Aku terpaksa berlaku jujur, beberapa hari lepas, Conte mengutuskan mesej kepada aku menyatakan bahawa aku tiada dalam perancangan beliau musim hadapan, Jadi aku perlu pergi.

Mereka pernah dilihat saling sayang menyayang, cinta dikenang, perasaan menjadi rindu.

"Sekarang aku masih pemain Chelsea kerana masih ada kontrak tetapi jurulatih tidak perlukan aku." Luah Costa

Penyokong The Blues sukar untuk mempercayai dan menerima hakikat pemain utama pasukan kesayangan mereka yang menjulang kejuaaran liga musim diperlakukan sedemikian rupa.

Conte Marah Costa Makan Malam Bersama Simeone

Wartawan Marca, Jose Felix Diaz mengemukakan satu teori mengenai kemarahan Conte kepada Costa ketika ramai berpendapat, Conte berang dengan Costa kerana Costa mendesak Chelsea untuk melepaskan beliau ke China pada jendela perpindahan Januari lalu.

Pada Januari lalu Costa telah disisihkan oleh Conte kerana mahu ke China dan dilihat berlatih bersendirian  tetapi hubungan mereka kembali utuh selepas Conte memberi Costa peluang kedua.

Menurut Jose Felix Diaz tindakan Conte menghantar mesej mengejutkan banyak pihak kerana ramai beranggapan perselisihan antara Costa dan Conte telah selesai walaupun mereka berdua dilihat selalu berselisihan faham di padang latihan.

Baca : Cinta Costa Dan Conte Masih Utuh, Conte Memberi Costa Peluang Kedua

Kemarahan utama Conte sebenarnya bermula pada November lalu apabila Costa telah makan malam bersama pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone pada bulan November 2016 yang lalu. Costa telah memuat naik gambar makan malamnya bersama Simeone di laman instagram.

Gran reencuentro y grandes recuerdos @simeone

A post shared by Diego Costa (@diego.costa) on

Marca mendedahkan dalam makan malam itu, Simeone dan Costa telah mencapai kata sepakat berkemungkinan mereka akan menjalin kerjasama kembali.

Peluang Costa untuk kembali bersama Simeone tidak mungkin akan terjadi pada perpindahan musim panas ini dan hanya akan menjadi kenyataan pada bulan Januari 2018 kerana Atletico Madrid menghadapi penggantungan dalam perpindahan pemain.

Costa Bekerja Di Kedai Mamak Ketika disisihkan Conte

Buat masa sekarang Costa perlu menunggu keputusan rasmi dari pihak atasan Chelsea tentang masa depan beliau. Costa mungkin kembali bekerja di kedai mamak jika mahu bersama Simeone pada bulan januari,

Dendam betul Conte ni.




Paparkan Komen