The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Annuar Musa : Hanya RM4 Juta Untuk Pengurusan

Encik Bakri pada January 11, 2016

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini menjelaskan mereka hanya menerima tajaan RM4 juta semusim bagi kos pengurusan daripada Vida Beauty Sdn Bhd, bukannya RM8 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata baki RM4 juta lagi akan digunakan Vida Beauty untuk piala dan plak kejuaraan (RM2 juta), baik pulih stadium (RM1 juta) dan kafeteria serta barang dagangan sebanyak RM1 juta.

“Kalau dengan itu (RM4 juta untuk kos pengurusan) kita jadi tak cukup juga lah, dan ada beberapa syarat lain yang kita terpaksa rundingkan seperti jumlah tiket dan hak dagangan yang terpaksa diserahkan.

“Saya sebut perkara ini secara sepintas lalu sebab ‘trending’ dalam laporan berita akan beri masalah kepada KAFA dan akan menimbulkan fitnah,” katanya.

Beliau dipetik sebagai berkata sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Mengulas lanjut, Annuar berkata KAFA memerlukan kira-kira RM16 juta untuk kos pengurusan bagi musim ini jika Kelantan bercita-cita mendapatkan khidmat pemain import serta tempatan yang berkualiti.

“Kita perlu labur kira-kira RM1.2 juta untuk seorang pemain import yang berkualiti. Jika ada empat pemain import maknanya kos berkenaan boleh mencecah hampir RM5 juta.

“Gaji 25 pemain tempatan pula, jika seorang pemain terima gaji purata RM30,000 sebulan, maknanya kos berkenaan mencecah RM7.5 juta. Kos untuk gaji sahaja lebih RM12 juta.

“Itu tak termasuk kos pengurusan pasukan The President Warrior, pasukan belia, gaji pihak pengurusan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor dan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Akhbar sebelum ini melaporkan pemilik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membelanjakan sebanyak RM20 juta bagi memastikan skuad Pamoga Qu Puteh TRW berada pada prestasi terbaik dalam tempoh dua musim, bermula musim ini. –┬áBERNAMA

Sumber : Berita Harian