Analisis Taktikal Liga Super Malaysia Minggu Ke-14 : Helang Merah Terluka, Sang Seladang Gembira

Seladang Tacts Amirul oleh Seladang Tacts Amirul 2 bulan yang lalu

Stadium Darul Aman telah menjadi saksi kepada suatu peristiwa yang tidak diduga berlaku. Tempoh 13 tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat buat Perak setelah sekian lama mencuba untuk menewaskan Kedah di laman mereka sendiri. Namun, segalanya berubah apabila Gilmar Filho dan Nasir Basharuddin berjaya untuk memecahkan kebuntuan itu di Stadium Darul Aman, semalam.

Analisis Taktikal : Perak Mengeksploitasi Ruang

Perak melakukan perubahan drastik dengan menggunakan formasi baharu iaitu 4-4-1-1 dengan Pinto bermain sebagai penyerang kedua yang berada di belakang Gilmar dan Nasir pula diletakkan sebagai pemain sayap bertahan ('defensive winger') di sebelah kanan. Kedah pula mengekalkan formasi yang sama iaitu 4-2-3-1 biarpun tanpa 5 tonggak utama yang cedera.

Pada perlawanan ini, Kedah dilihat lebih cederung bermain di kawasan luar ('wide'), berbeza dengan DNA permainan Kedah yang bersifat lebih 'padat' di tengah dan di separa ruang ('halfspace'). Buktinya, 19 hantaran lintang berjaya direkodkan untuk Kedah bagi perlawanan malam tadi. Walau bagaimanapun, Kedah masih mengekalkan corak permainan 'possesion game' dan titik serangan mereka tertumpu kepada Sandro.

Perak pula lebih banyak bermain di kawasan tengah dan di separa ruang ('halfspace'). Penggunaan 'inside forward' dan 'defensive winger' seperti Nazrin dan Nasir banyak mendorong permainan untuk menjadi lebih padat di bahagian tengah dan di separa ruang ('halfspace'). Perak terus mengekalkan corak permainan serangan balas pantas dan titik serangan mereka tertumpu kepada Pinto.

Dari segi bertahan, kedua-dua pasukan mempamerkan corak bertahan yang amat cuai dan lemah. Kedah sangat lemah dalam menjaga kepadatan jurang antara bahagian dan jurang antara satu sama lain. Anda boleh lihat bagaimana mereka bertahan pada separuh masa pertama menerusi gambar di bawah :

Gambar 1 : Struktur Pertahanan Kedah / Gambar : SemuanyaBOLA.com / Axello Axel

Gambar 2 : Situasi Semasa Serangan Pertama Perak / Gambar : TV3

Perak pula harus bersyukur kerana Leandro bermain sangat baik selama 70 + 25 minit sebagai 'pemusnah permainan' dan berjaya menghalang Liridon dan Sandro. Kedua-dua gol merupakan kesilapan daripada pertahanan Perak yang mana menyaksikan mereka terlalu banyak melakukan 'ball-watching' dan 'man marking' yang longgar. Sebagai contohnya, gol Liridon merupakan kesilapan bagi pertahanan Perak yang tidak mengawalnya ketika beliau melakukan larian ofensif ke dalam kotak penalti.

Dari segi serangan pula, Kedah gagal untuk memecah masuk ke dalam 'tight area' Perak. Oleh itu, Kedah mencari alternatif lain iaitu bergerak ke kawasan luar ('wide'). Fakri Sa'arani pula kelihatan terasing ('isolated') dalam perlawanan ini walaupun beliau merupakan penyerang utama Kedah. Liridon juga kurang bergerak untuk melakukan serangan ke arah gawang gol Perak.

Perak pula bijak untuk mengeksploitasi ruang yang ditinggalkan pertahanan Kedah terutamanya di kawasan tengah dan di separa ruang ('halfspace'). Selain itu, Perak berjaya untuk mengatasi perangkap ofsaid dan sering melakukan 'high-line pressing' yang membuatkan pertahanan Kedah mudah untuk hilang bola.

Gambar Ihsan Goal.com

Pemain yang mengubah keputusan keseluruhan perlawanan ini ialah Yashir Pinto. Hasil daripada keupayaan untuk mengenalpasti kedudukan pemain berjaya membantu Perak memperoleh 2 gol. Selain itu, dia memainkan peranan yang penting sebagai penyambung kepada dua bahagian; tengah dan serangan. Yashir Pinto layak untuk dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Data & Statistik Perlawanan : Kedah Kawal Perlawanan?

Gol : 2 - 3

Jumlah Hantaran : 608 - 421
Hantaran Tepat : 532 - 302
Hantaran Tidak Tepat : 76 - 119
Hantaran Lintang (Kiri) : 8 - 3
Hantaran Lintang (Kanan) : 11 - 5

Jumlah Percubaan : 5 - 6
Percubaan Tepat : 4 - 4
Percubaan Tidak Tepat :  1 -2

Kesalahan : 18 - 13
Pintasan Bola : 14 - 30
Penyelamatan Bola (PG) : 3 - 1
Ofsaid : 2 -4
Sepakan Penjuru : 5 - 4
Kad (Kuning/Merah) : 2/0 - 3/0

Penguasaan Bola : 57% - 43%

Kredit Data & Statistik : Azlee Harun (Analisis Tangga Ayam)




Paparkan Komen