The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Analisis Liga Super – Siapa Bakal Juara

Eikrem pada August 16, 2015

Screenshot_2015-08-16-07-33-52_1

Sumber : Sokernet

Perlawanan liga super hanya berbaki lagi 2 perlawanan. Dalam perlawanan minggu ke 20, kejutan yang tak diduga telah berlaku.

Pendahulu liga, JDT dikejutkan Kelantan 4-1 di Kota Bharu. Nyata gol awal Kelantan menerusi Gilmar dan jaringan penalti dari Piya menyentak dan menyentap barisan pemain JDT.

Sistem pertahanan 2 lapis TRW nyata berjaya mengekang barisan serangan JDT.

Menariknya, Pahang gagal mengambil kesempatan di sebalik kekalahan JDT apabila skuad Tok Gajah sekadar seri 1-1 di Perak.

Pun begitu, Pahang masih mampu melonjak ke tangga teratas dengan kelebihan jaringan mengatasi JDT walaupun mata dan perbezaan gol kedua-dua pasukan sama.

Bagaimana perjalanan kedua-dua pasukan ini selepas ini?

Baki perlawanan : 

Pahang

1. Menentang Felda United di laman sendiri

2. Menentang Terengganu di tempat lawan

Johor

1. Menentang Perak di laman sendiri

2. Menentang Felda United di gelanggang lawan

Sifirnya mudah; kedua-dua pasukan perlu menang besar dalam setiap baki perlawanan untuk memastikan perbezaan dan jaringan gol yang tinggi.

Zon penyingkiran

Manakala bagi persaingan mengelakkan penyingkiran ke Liga Perdana, ATM 99.999999% pasti akan tersungkur setelah ketinggalan 6 mata di belakang Sarawak, dengan beza jaringan sebanyak -25, berbanding Sarawak hanya -12.

Ini bermakna, untuk kekal di Liga Super, ATM perlu menang sekurang-kurangnya 12-0 dalam perlawanan menentang Sime Darby dan PDRM sambil mengharapkan Sarawak tewas kedua-dua perlawanan.


Download aplikasi The Sukan di Google Play