Analisa EPL : Mampukah Pasukan Lain Mengejar Chelsea?

Eikrem 5 bulan yang lalu

Chelsea selesa mendahului liga dengan 59 mata, sembilan mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Tottenham Hotspur. Manchester City mengekori rapat Spurs dengan 49 mata, diikuti 4rsen4l dengan beza dua mata, sambil bekas bakal juara menduduki tangga kelima (46 mata) dan Manchester United (45 mata).

Setakat artikel ini ditulis, baki perlawanan liga hanya tinggal 14 perlawanan liga yang perlu dilalui oleh kesemua pasukan dan berdasarkan matematik mudah, dari Tottenham sehingga Manchester United masih lagi mampu untuk mengejar Chelsea. Jadi, untuk kepastian yang lebih mendalam, kita tengok baki perlawanan liga masing-masing.

Berdasarkan jadual ringkas padat sendat di atas, Chelsea hanya akan bertemu dua pasukan di tangga enam teratas, itu pun kedua-dua pasukan Manchester. Tak kan tak menang, kan?

Komitmen piala

Memandangkan Mourinho telah berjaya mengelakkan Chelsea daripada saingan eropah musim ini, maka mereka hanya perlu menghadapi cabaran Piala FA, dan jika mereka mampu layak ke perlawanan akhir, mereka akan bermain sebanyak 7 perlawanan, dengan anggapan setiap pusingan mereka perlu bermain timbal balik.

Manakala bagi Spurs dan United. jika mereka berjaya mara ke perlawanan akhir liga Europa dan Piala FA, maka mereka akan mengharungi 9+7 perlawanan, dengan anggapan mereka akan bermain secara timbal balik di setiap pusingan Piala FA, dengan tambahan satu perlawanan akhir Piala EFL buat United.

Bagi 4rsenal, mereka berkemungkinan akan bermain 7 perlawanan piala FA, dan 2 perlawanan timbal balik Liga Juara-Juara menentang Bayern dan mereka dijangka tewas mudah. Ya, boleh screenshot ayat ini.

Manchester City pula perlu membahagikan fokus kepada Piala FA dan Liga Juara-Juara dengan kebarangkalian jumlah perlawanan mereka ialah 7+7 perlawanan. Liverpool hanya perlu hadap liga sahaja memandangkan mereka telah tewas kesemua piala mereka.

Jumlah perlawanan

Jadi dengan ini, jumlah kebarangkalian perlawanan untuk setiap pasukan enam teratas adalah seperti berikut :

Chelsea – 21 perlawanan

Spurs – 30 perlawanan

4rsenal – 23 perlawanan

Man City – 28 perlawanan

Liverpool – 14 perlawanan

Man United – 31 perlawanan

Rekod kecederaan

Menerusi physioroom.com, senarai kecederaan semasa keenam-enam pasukan adalah seperti di bawah :

Rekod lampau pengurus

Antonio Conte – Dia telah memenangi Scudetto bersama Juventus selama tiga musim berturut-turut sebelum memegang jawatan pengurus Itali.

Mauricio Pochettino – Musim lepas Spurs mencabar Leicester secara konsisten sehinggalah mereka terkulai layu pada baki 5 perlawanan terkahir liga menyebabkan mereka dipotong 4rsenal.

Pep Guardiola – Juara, juara, juara, juara, juara, juara bersama Barcelona dan Bayern Munich. Mungkin tekanan di EPL lebih tinggi menyebabkan City berada di tangga ketiga setakat ini.

Arsene Wenger – 4.

Jurgen Klopp – Pernah membawa Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga dan layak ke perlawanan akhir UCL. Namun musim terakhirnya di Dortmund pasti menjadi satu kenangan yang pahit buatnya.

Jose Mourinho – Membawa Chelsea muncul juara pada musim 2014-2015, sebelum jatuh teruk pada musim lalu. Masih lagi mempunyai mentaliti tidak mudah kalah.

Kesimpulan

Berdasarkan rekod-rekod di atas, ternyata Chelsea mempunyai tekanan yang paling rendah untuk mengejar kejuaraan liga memandangkan mereka juga tidak mempunyai rekod kecederaan yang serius buat masa ini. Pasukan Manchester City dan Tottenham dijangka berperang untuk mendapatkan gelaran naib juara, manakala tiga pasukan lain pastinya tidak mahu terlepas tangga keempat.