Anak Wayne Rooney Berlatih Di Akademi Manchester City

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Kai Rooney yang merupakan anak lelaki sulung Wayne Rooney, dilaporkan menjalani latihan bersama musuh setempat, Manchester City.

Kai yang berusia tujuh tahun, sebelum ini bermain dengan pasukan pembangunan Manchester United sejak Oktober. Tetapi kini Kai sedang menjalani latihan bersama Akademi Bola Sepak.

Rooney juga dilaporkan terkejut dengan kemahiran yang dimiliki anaknya itu. Kelab Liga Perdana tidak boleh mengikat pemain berusia bawah 9 tahun dan adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak bermain di akademi sebelum diikat mana-mana kelab.

Gambar : Rex Features

Sebelum ini Kai pernah beberapa kali mengiringi Rooney masuk ke padang untuk pasukan United dan England. Kai merupakan antara anak kepada bintang bola sepak terkenal yang memulakan latihan untuk menjadi pemain bola pada usia muda.

Sahqueel, anak kepada Van Persie juga pernah menjalani latihan bersama City dan kini Shaqueel menjalani latih bersama Fenerbahce. Anak Beckham berlatih bersama Arsenal, sementara itu Anak Zlatan dan Carick berlatih bersama United.