Anak-Anak Sidek Kenangan Terindah Buat Negara

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Siri animasi Anak-anak Sidek yang pasti menggamit kenangan terutamanya buat peminat badminton tanah air sekitar penghujung tahun 90-an dan awal 20-an. Telah Anak-Anak Sidek pasti ditunggu saban minggu setiap Santu jam 7 malam di TV1 (Jika tidak silap penulis).

Komik Anak Anak Sidek Bil. 1 Gambar : http://ucudot.blogspot.my

Sebelum wujudnya siri animasi, Anak-anak Sidek ini merupakan sebuat komik Autobiografi yang memaparkan kisah benar perjalanan hidup keluarga Haji Sidek. Komik yang diterbitkan oleh Raja Azmi ini merupakan komik biografi pertama di Malaysia.

Watak Komik Gambar : http://ucudot.blogspot.my

Komik Anak-anak Sidek diterbitkan selama 10 tahun, dari 1995 hingga 2005 merupakan karya Kumpulan Pelukis J.A.S Sdn. Bhd. Pada tahun 1999 hingga 2003 siri animasi Anak-anak Sidek telah disiarkan di RTM 1 selama 3 musim untuk 39 episod.

Logo dalam Siri Animasi

Komik ini pernah diulang cetak beberapa kali dari 1995 hingga 2005 ekoran permintaan yang tinggi dan dilancarkan semula pada 2008 beserta VCD animasi. Pada 2011 komik ini tiada lagi dipasaran.

Watak Dalam Anak-Anak Sidek

Anak-anak Sidek mengisahkan kehidupan Sidek bersaudara yang menghabiskan zaman kanak-kanak mereka di sebuah kampung yang bernama Kanchong Darat di Banting, Selangor pada 1960-an dan awal 1970-an.

Gelanggang Merupakan Penglipura Dalam Siri Ini

Siri ini juga memaparkan kisah kehidupan Sidek bersaudara sebelum menjadi pemain badminton ternama negara dan kehidupan peribadi anak-anak Sidek yang tidak pernah diketahui umum.

Haji Sidek

Bapa kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Haji Sidek merupakan seorang yang tegas dalam soal badminton dan pendidikan anak-anaknya. Seperti Bapa sejati yang lain Haji Sidek tidak menunjukkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya.

Walaupun tidak menunjukkan kasih sayang, gerak-geri Haji Sidek menggambarkan betapa sayang beliau kepada anak-anak biarpun beliau angin satu badan, tetapi hatinya baik. Seorang yang gila badminton sejati.

Melatih anak-anaknya bermain badminton kerana tidak berpeluang bermain di Piala Thomas dan berharap anak-anaknya mampu menjulang Piala Thomas dan tahun 1992 adalah detiknya.

Menjual tanah kebun untuk membuat gelanggang simen dan membeli peralatan baru. Haji Sidek merupakan Ketua pasukan badminton Starlight di Banting.

Rukinah

Ibu kepada Rusitah, Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Rukinah yang mesra disapa dengan panggilan Kinah ialah seorang yang penyayang kepada anak-anaknya.

Jarang memarahi anak-anaknya malah sering menyebelahi mereka kerana ketegasan Haji Sidek.

Rusitah (Kak Itah)

Anak sulung keluarga Haji Sidek merupakan seorang kakak yang bersifat lemah-lembut, pendiam, penyayang dan kadangkala tegas apabila berada dalam keadaan yang memerlukan.

Misbun (Bun)

Anak kedua yang juga anak sulung lelaki Haji Sidek. Bun seorang yang nakal, degil, pantang dicabar dan suka menyakat kakak dan adik-adiknya

Bun sangat rapat dengan Jalani yang menjadi teman dalam membuat aktiviti. Bun seorang yang gilakan bola sepak dan tidak serius ketika berlatih badminton.

Razif (Ajib)

Ajib yang kuat mengadu kepada Haji Sidek terutamanya mengenai akativi Bun, Alan dan Aman juga tidak terlepas menjadi mangsa. Walaupun kuat mengadu beliau patuh kepada Haji Sidek dan serius ketika latihan.

Ajib selalu dipuji oleh ayahnya lantaran kehebatannya bermain badminton dan sekali gus menjadi anak kesayangan Haji Sidek.

Jalani (Alan)

Jalani atau Alan merupakan partner in crime Misbun dalam aktiviti harian. Alan seorang yang penyabar dan tenang serta selalu memberi nasihat kepada adik-beradiknya.

Alan berbakat dalam sukan sepak takraw dan pernah mewakili sekolah sebagai seorang killer.

Rahman (Aman)

Nama panggilan Aman. Kenakalan Aman juga boleh tahan padunya kerana terpengaruh dengan Bun dan seorang yang mudah apabila diminta tolong.

Rashid (Adul)

Anak bongsu kepada pasangan Haji Sidek dan sudah pasti menjadi anak kesayangan Haji Sidek.

Wak Sakawi (Wak)

Wak Sakawi atau nama panggilannya Wak merupakan bapa saudara Haji Sidek. Wak telah diamanahkan oleh Haji Abdullah Kamar, bapa Haji Sidek untuk menjaga keluarga Haji Sidek.

Wak membujang sehingga akhir hayat dan menjadi tempat Bun dan Alan mengadu. Tempat Bun bermanja selepas kematian Haji Sulaiman. Wak pakar dalam bidang perubatan tradisional dan meninggal dunia pada 23 Oktober 1996 pada usia 90 tahun akibat sakit tua.

Haji Sulaiman (Buyut)

Haji Sulaiman ialah bapa kepada Rukinah dan datuk kepada Rusitah. Haji Sulaiman menjadi tempat Misbun bermanja dan berkongsi cerita, beliau mesra dengan panggilan Buyut oleh Misbun.

Haji Sulaiman meninggal dunia akibat disambar petir semasa dalam perjalanan pulang ke rumah menantunya.

Anak-Anak Sidek Versi Animasi

Anak-anak Sidek Episode : Bermulanya Di Sini

Anak-anak Sidek Episode : Kehilangan

Anak-anak Sidek Episode : Adik Baru

Sumber : Wikipedia dan nostalgia penulis.




Paparkan Komen