Amri Yahyah Dan Andik Kembali Ke Selangor

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Tempoh pendaftaran ke-2 Liga Malaysia 2017 digunakan sebaiknya oleh pasukan Selangor apabila membawa masuk kembali lagenda mereka Amri Yahyah dari Melaka United dan Andik Vermanshah yang sudah pulih dari kecederaan.

Berita ini diumumkan oleh FA Selangor melalui laman muka buku rasmi mereka. Kepulangan Amri bagai sirih pulang ke gagang.

RASMI – Bagai sirih pulang ke gagang. Secara rasminya, Amri Yahyah akan kembali menyarung jersi Merah Kuning pada tempoh…

Dikirim oleh FA Selangor pada 16 Mei 2017

Amri bakal menyarung jersi bernombor 29.

29. Nombor jersi yang akan digunakan oleh Amri Yahyah untuk #RedGiants 2017 bermula pada perlawanan persahabatan menentang MISC-MIFA di USIM, Nilai, 4.30 petang ini.

Dikirim oleh FA Selangor pada 17 Mei 2017

Selain Amri Yahyah, turut kembali secara rasmi menyarung jersi Merah Kuning pada tempoh pendaftaran ke-2 Liga Malaysia…

Dikirim oleh FA Selangor pada 17 Mei 2017