Ali Daei Tidak Akan Kecewa Jika Ronaldo Pecahkan Rekod Beliau

Encik Bakri oleh Encik Bakri 4 hari yang lalu

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 4 gol ketika Portugal mencatatkan kemenangan 5-1 keatas Lithuania dan merekodkan beliau sebagai pemain bola sepak pertama menjaringkan gol menentang 40 pasukan berbeza.

Dengan tambahan 4 gol itu, Ronaldo telah mencetak 93 gol dipersada antarabangsa, Ronaldo kini ditangga kedua penjaring terbanyak hanya kurang 16 gol di belakang Ali Daei yang mencetak 109 gol untuk Iran.

Cristiano Ronaldo telah bermain sebanyak 160 perlawanan untuk Portugal dan telah menjaringkan 93 gol dan 37 bantuan gol dengan rekod 0.81 penglibatan dalam jaringan gol buat Portugal.

Ali Daei ketika ditemuramah oleh IRNA News telah berkata itu bukan suatu isu jika rekod yang dipegang beliau selama ini dipecahkan.

"Rekod adalah sesuatu untuk dipecahkan, aku lakukan ketika tibanya giliran aku dan akan ada seseorang yang akan memecahkan rekod aku bila tiba masanya. Ini bukan satu isu yang besar."

Dan Ali Daei juga ditanya adakah beliau akan kecewa jika rekod itu dileburkan?

"Tidak, kenapa aku perlu kecewa? Ronaldo seorang pemain yang hebat dengan pelbagai penghormatan yang diterima dalam dunia bola sepak. Beliau berada dikemuncak prestasi sekarang."

Kali terakhir Ali Daei menyarung jeris kebangsaan Iran adalah pada tahun 2006 dan ini bermakna sudah 13 tahun Ali Daei memegang rekod penjaring terbanyak di persada antarabangsa dalam dunia bola sepak.

Pemain Iran ini sangat berbisa apabila menjaringkan 109 gol dalam 149 perlawanan sahaja berbanding Ronaldo yang telah menjaringkan 93 gol dalam 160 perlawanan.

Ronaldo dilihat mampu untuk mengecilkan jurang jaringan kepada rekod yang dipegang Ali Daie apabila Portugal akan bertemu Luxembourg dua kali, Ukaraine dan Lithuania sekali lagi di kelayakan EURO 2020.

Pencabar terdekat yang masih aktif bermain bola sepak yang masih mempunyai peluang mengejar Ronaldo adalah penyerang India yang berusia 35 tahun, Sunil Chhetri yang setakat ini merekodkan 72 gol.

Selain itu Lionel Messi yang bergelut dengan pasukan Argentina telah menjaringkan 68 gol dalam dalam 136 perlawanan masih berpeluang untuk melebarkan jaringan.

Neymar berpeluang besar untuk menjadi pemegang rekod seterusnya kerana usia masih muda apabila telah menjaringkan 61 gol daripada 99 perlawanan untuk Brazil.

Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Peringkat Antarabangsa

1. Ali Daei (Iran) - 109 gol, 149 penampilan.

2. Cristiano Ronaldo (Portugal) – 93 gol, 160 penampilan.

3. Ferenc Puskás (Hungary & Spain) – 84 gol, 89 penampilan.

4. Kunishige Kamamoto (Jepun) – 80 gol, 84 penampilan.

5. Godfrey Chitalu (Zambia) – 79 gol, 111 penampilan.

6. Hussein Saeed (Iraq) – 78 gol, 137 penampilan.

7. Pele (Brazil) – 77 gol, 92 penampilan.

8. Bashar Abdullah (Kuwait) – 75 gol, 134 penampilan.

9. Sunil Chhetri (India) – 72 gol, 112 penampilan.

10. Kinnah Phiri (Malawi) - 71 gol, 115 penampilan.
Majed Abdullah (Arab Saudi) - 71 gol, 116 penampilan.
Kiatisuk Senamuang (Thailand) - 71 gol, 134 penampilan.
Miroslav Klose (Germany) – 71 gol, 137 penampilan.

Senarai Penjaring Terbanyak Peringkat Antarabangsa Untuk Perlawanan Rasmi

Dalam senarai penjaring terbanyak untuk perlawana rasmi tanpa melibatkan perlawanan persahabatan Ronaldo merupakan pendahulu carta.

1. Cristiano Ronaldo : 74 gol

2. Ali Daei : 73 gol

3. Miroslav Klose : 48 gol

4. Carlos Ruiz : 47 gol

5. Samuel Eto'o : 45 gol

6. Zlatan Ibrahimovic : 44 gol

7. Robbie Keane : 44 gol

8. Didier Drogba : 42 gol

9. Karim Bagheri : 42 gol




Paparkan Komen