The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Al-Fatihah : Penyokong Selangor mati mengejut di perkarangan stadium

Eikrem pada December 7, 2015

SHAH ALAM: Keterujaan seorang penyokong pasukan Selangor untuk menonton perlawanan separuh akhir pasukan The Red Giants melawan Pahang di Stadium Shah Alam malam tadi, bertukar duka apabila beliau mengalami serangan jantung.

Zainal Maudin, 60, yang datang dari Hulu Selangor untuk menyaksikan pasukan Selangor menentang lawan di gelanggang sendiri, disahkan mati mengejut ketika berada di perkarangan stadium, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, yang mengesahkan kejadian itu berkata, keluarga mangsa sudah dimaklumkan manakala mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). “Bedah siasat dijalankan pagi ini, namun polis mengesyaki mangsa meninggal dunia kerana mengalami masalah jantung,” katanya ketika dihubungi.

Sumber : Berita harian