Aku Pergi ke Rumah Mbappe : Wenger

Eikrem 3 bulan yang lalu

Nama Kylian Mbappe secara tiba-tiba memecahkan gegak gempita bola sepak dunia pada musim ini apabila aksi cemerlangnya dalam Liga Juara-juara membantu AS Monaco untuk mara ke perlawanan separuh akhir kejohanan paling berprestij di dunia tersebut.

Aksi lincahnya secara langsung telah memusnahkan Manchester City baik di Ettihad atau di Monaco, dan yang menariknya, usia pemain lincah ini baru 18 tahun!

Pada musim panas lalu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah berkunjung ke rumah pemain ini untuk memujuknya menyertai The Gunner dan ini telah diakui oleh Arsene sendiri.

Seperti kisah Leo Messi dan Cristiano Ronaldo, Wenger mendakwa dia hampir berjaya mendapatkan pemain muda Perancis tersebut.

“Kau tanyalah Mbappe yang aku dah pergi rumah dia tahun lepas untuk cuba pancing dia,” kata Wenger kepada beIN Sports.

Mbape dan Bakayoko

“Masa tu kontraknya dengan Monaco sudah di penghujung tetapi Monaco walaubagaimanapun berjaya mengekalkannya, dan keputusannya ketika itu sangat sangat sangat sesak.

“Tapi aku boleh fahamlah kenapa dia nak kekal memandangkan dia pun belajar kat sana kan, dan akhirnya dia meluahkan hasrat untuk kekal di sana,” tambah Wenger lagi.

Mbappe kini telah menjaringkan 24 gol dalam 39 penampilan dalam kesemua pertandingan dan Wenger membandingkan penyerang muda tersebut dengan lagenda Arsenal, Thierry Henry dan mengakui dia telah lama mengikuti perkembangan Mbappe.

Bayangkan kalau Mbappe menyertai Arsenal pada musim ini, pasti Arsenal akan menjuarai Liga Juara-juara.

Sumber berita : Sportskeeda