'Aku Masih Hidup!' - Respon Gundogan Kepada Tribute Manchester City

Encik Bakri oleh Encik Bakri 11 bulan yang lalu

Ilkay Gundogan telah memberi maklum balas kepada lawak jenaka yang timbul ekoran pemain Manchester City memakai jersi secara terbalik yang tertera nama dan nombor milik Gundogan semasa perlawanan menentang Arsenal.

Gambar : goal.com

Pemain tengah Manchester City telah mengalamai kecederaan lutut yang teruk pada perlawanan rabu lalu dan bakal menyaksikan beliau tidak akan dapat beraksi lagi sehingga penghujung musim.

Pemain City mengambil inisiatif untuk memberi sokongan moral kepada Gundogan dengan memakai jersi tetapi tindakan tersebut telah menyebabkan ramai pengguna Twitter menganggap tindakan ini tidak sesuai dan seolah-olah Gundogan telah meninggal dunia.

Reaksi Di Twitter

Tindakan City ini mengingatkan kepada pasukan Brazil yang memegang jersi Neymar selepas Neymar mengalami kecederaan

Respon Gundogan

Gundogan hanya mampu ketawa dan berterima kasih serta mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan atas kejayaan menewaskan Arsenal serta memberi ucapan berikut

"Jangan bimbang, aku masih hidup."




Paparkan Komen