Aksi Liga Super Hanya Membabitkan 11 Pasukan Jika Kelantan Menarik Diri?

Encik Bakri 2 bulan yang lalu

Hanya 11 pasukan akan bertanding dalam Liga Super 2017 jika Kelantan sah menarik diri, itulah cadangan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Tidak akan ada perlawanan playoff untuk mengisi slot kekosongan yang ditinggalkan Kelantan, perkara ini dinyatakan oleh Ketua Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam.

“Sangat jauh (perbezaan tahap saingan) antara Liga Super dan Liga Perdana. Kalau kita laksanakan (playoff) pada saat akhir…mungkin tiga minggu sebelum sepak mula, pasukan-pasukan ini berkemungkinan akan menghadapi masalah pada musim depan.

“Jadi untuk berlaku adil, kita mungkin akan cadangkan kepada pihak lembaga untuk mendapatkan kelulusan. Tetapi kemungkinan kita akan cuba beraksi dengan 11 pasukan. Bermakna, tiada yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan Kelantan.

Kevin juga berharapa penarikan diri Kelantan tidak akan berlaku kerana pasukan Kelantan mempunyai penyokong yang ramai.

“Bagaimanapun, saya harap penarikan diri ini tidak akan terjadi kerana Kelantan merupakan salah satu pasukan yang mempunyai pengikut yang ramai dalam Liga Malaysia (Liga M),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).