The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

Aksi Kreatif dan Comel Kanak-Kanak Meniru Peristiwa Besar Bola Sepak

Eikrem pada August 6, 2015

Sekumpulan kanak-kanak di London telah melibatkan diri dalam satu projek penggambaran Football’s Bad Boys bersama jurugambar terkemuka, George Logan. Antara peristiwa yang diingati para peminat bola sepak ialah Hand of God Diego Maradona, sepakan ala-kungfu Eric Cantona dan ke-selamba-an Mario Balotelli menyambut gol pertama ketika Man City membelasah Man Utd 6-1 pada 2012.

Paolo Di Canio – Tolak Pengadil

Paolo Di Canio menolak pengadil ketika mewakili Sheffield Wednesday menentang Arsenal, dan menyebabkannya digantung 11 perlawanan dan didenda 10000 GBP pada tahun 1998.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

David Beckham – Kad Merah Piala Dunia 1998

Tindakan Bekcham menendang belakang kaki Diego Simeone menyebabkannya dilayangkan kad merah dan seterusnya England tersingkir di tangan Argentina dalam perlawanan Piala Dunia 1998.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Martin Keown – Nganjingan Keown

Martin Keown bersorak selepas Ruud van Nistlerooy gagal menyempurnakan penalti di minit akhir dalam perlawanan yang digelar Battle of Old Trafford pada 2003.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Paul Gascoigne – Kerusi Doktor Gigi

Sambutan ‘Kerusi Doktor Gigi’ oleh pemain hebat England, Paul Gascoigne dalam perlawanan Euro ’96 menentang Scotland.  

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Diego Maradona – Hand of God

Diego Maradona menjaringkan gol kemenangan Argentina mengatasi England dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia 1986.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Luis Suarez – Gigitan Suarez

Luis Suarez menggigit Branislav Ivanovic yang ketika aksi Liverpool menentang Chelsea, dan menyebabkannya digantung beberapa perlawanan.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Eric Cantona – Tendangan Kung Fu

Tendangan ala kungfu Eric Cantona ke atas seorang penyokong Crystal Palace menyebabkannya digantung hampir setahun oleh FA.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

Mario Balotelli – Why Always Me?

Gaya sambutan gol selamba dari budak nakal, Mario Balotelli dalam perlawanan Manchester City membelasah Manchester United 6-1 di Old Trafford.

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments

"Kids-reenact-Footballs-most-infamous-moments


Download aplikasi The Sukan di Google Play