Aksi Adam Norrdin Yang Menyentuh Hati Dan Perasaan

Mohammad Safwan oleh Mohammad Safwan 5 bulan yang lalu

Mari kita lihat aksi Adam yang telah memberikan inspirasi kepada seluruh umat di dunia. Ini secebis kronologi apa yang telah berlaku dalam video ini. Saja aku taip untuk korang yang tidak mempunyai data unlimited.

1. Adam melalui selekoh terakhir untuk cuba menamatkan perlumbaan di tempat kedua iatu di belakang Super KIP pada perlumbaan motoGP3,  Argentina 2016.

2. Namun entah dimana silapnya, dia telah terbabas betul-betul di selekoh berhampiran garisan penamat.

3. Adam bangun dari jatuh dan bergegas mengangkat motornya kembali. Dia tanpa membuang masa terus menolak motornya dengan hanya menggunakan kudrat kedua belah kakinya.

4. Dari kedudukan nombor 2. Jatuh terus ke nombor 11. Adam akhirnya tiba ke garisan penamat. Terduduk di tepi motornya sendiri. Penonton tanpa perasaan kedekutnya, terus memberikan tepukan gemuruh kepada Adam.

Adam cuba mengawal jenteranya daripada terbabas

5. Dua kisah yang berbeza untuk dua perlumba negara. Seorang berjaya mengharumkan negara dengan menjuarai buat pertama kalinya dalam saingan MotorGP3.  Manakala seorang lagi, iatu Adam telah mengharumkan nama negara dengan aksi yang tidak mengenal erti putus asa.

6. Kisah inspirasi ini telah mendapat liputan luas dari media orang putih. Mereka ini memang sangat menghargai sikap dan usaha seperti yang telah ditunjukkan oleh Adam Norrodin.

7. Tammat. Ah! Terasa klasik betul guna perkataan Tammat ala-ala cerita P. Ramlee ni.




Paparkan Komen