Akibat Bosan Dengan Bola Sepak, Bekas Penjaga Gol Norway Ini Bersara Pada Usia 25 Tahun

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 1 bulan yang lalu

Ini merupakan sebuah kisah pelik yang berlaku kepada seorang pemain bola sepak profesional. Seorang pemain bola sepak kebiasaannya akan berasa seronok dengan karier sebagai seorang pemain. Ditambah pula gaya hidup mewah, dunia kemasyhuran dan wanita-wanita cantik yang bakal dimiliki. Namun berbeza dengan Esper Baardsen, pemain yang bermain di posisi penjaga gol ini tidak mendapat kepuasan sebenar ketika bermain bola sepak.

Karier Awal Baardsen

Sumber: Pinterest.Com

Baardsen dilahirkan di California, Amerika Syarikat  dan kedua-dua orang tuanya berasal dari Norway. Dia telah terpilih untuk mewakili pasukan bawah-18 tahun Amerika Syarikat sebelum membuat keputusan untuk mewakili negara kelahiran ibu bapanya iaitu Norway walaupun hakikatnya sebelum itu dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Norway. Baardsen bermain untuk pasukan San Francisco United All Blacks di United Soccer League.

Menyertai Tottenham Hospur Di Liga Perdana Inggeris

Persembahan Baardsen telah menarik minat kelab yang berpengkalan di London iaitu Tottenham Hospur dan dia telah ditawarkan kontrak pada tahun 1996 seawal usia 19 tahun. Namun dia hanya menjadi pemanas bangku simpanan di belakang penjaga gol antarabangsa England, Ian Walker. Sepanjang 5 tahun bersama Spurs, Baardsen hanya membuat 22 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.

Karier Antarabangsa Bersama Norway

Baardsen bermain lebih daripada 20 kali untuk pasukan bawah-21 tahun Norway dan berjaya membantu pasukan mendapat tempat ketiga dalam Kejohanan Eropah Bawah 21-tahun. Dia juga telah dipilih sebagai Penjaga Gol Terbaik untuk kejohanan tersebut. Disebabkan persembahan cemerlang di kejohanan tersebut, dia telah terpilih dalam skuad Piala Dunia 1998 Norway sebagai penjaga gol ketiga di belakang kapten pasukan Frode Grodas dan Thomas Myhre.

Berhijrah Ke Watford Untuk Peluang Bermain

Akibat terlalu lama berhabuk di bangku simpanan, Baardsen mengambil keputusan untuk berhijrah ke Watford pada tahun 2000 untuk mencari peluang bermain dalam kesebelasan utama. Di Watford dia berjaya membuat 41 penampilan sebelum kehilangan tempat selaku penjaga gol utama kepada penjaga gol veteran  ketika itu, Alec Chamberlain.

Putus Asa Dengan Bola Sepak

Selepas hilang tempat sebagai penjaga gol utama di Watford, Baardsen berhijrah ke Everton. Satu peristiwa malang berlaku ketika penampilannya buat kali pertama dan terakhir bersama Everton. Penjaga gol utama Everton iaitu Richard Wright mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan sebelum perlawanan menentang kelab lama Baardsen, Tottenham Hospur. Baardsen telah diturunkan dalam perlawanan tersebut dan bolos sebanyak 4 kali. Dia mengambil keputusan nekad untuk menggantung but dan mengembara mengelilingi dunia selama 18 bulan. Selepas itu, dia akhirnya menemui kepuasan yang diimpikan apabila menyertai bidang pengurusan kewangan sebagai kerjayanya yang baru.

Gambar ketika dia mula-mula menjadi penasihat kewangan pada 2008. Sumber: Footytube.Com

"Banyak tekanan dalam permainan bola sepak. Kegembiraan dan kesedihan 40,000 penyokong untuk sepanjang minggu bergantung kepada persembahan aku. Kalau persembahan aku teruk, penyokong akan murung seminggu. Bila penyokong murung, aku pula rasa bersalah dan tertekan", kata Baardsen.

Sumber

  1. Where Are They Now. Espen Baardsen
  2. Meet Espen "The Eric Viking" Baardsen, The Man Who Gave Up Soccer For Hugh Hendry


Share Tweet


Paparkan Komen