Akhirnya Presiden FA Penang Letak Jawatan

Encik Bakri oleh Encik Bakri 1 minggu yang lalu

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari akhirnya telah meletak jawatan melalui satu siara media yang dibuat melalui laman muka buku rasmi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang pada hari Isnin 9 Oktober 2017 jam 2.38 petang.

Pasukan Pulau Mutiara itu telah sah tersingkir ke Liga Perdana untuk saingan Liga Malaysia bagi musim 2018 setelah beraksi hambar dan bergelut di Liga Super musim 2017. Pada musim lalu Penang juga bergelut tetapi berjaya kekal di Liga Super.

Zairil Khir Johari, bekas Presiden FAP. Imej : The Rocket

Menurut siaran media yang dibuat Zairil Khir Johari mengambil tanggunjawab penuh di atas kegagalan pasukan Pulau Pinang musim ini dan meletak jawatan sebagai presiden berkuat kuasa serta-merta.

"Menjelang penutupan tirai musim bola sepak Liga Malaysia 2017, harapan Pulau Pinang untuk kekal di Liga Super sudah pun pupus. Walaupun segala usaha sudah dicuba, namun hakikat yang pahit terpaksa diterima."

Dalam pada itu bekas Presiden FAP itu menyifatkan beliau telah mengharungi pahit manis dan melakukan yang terbaik untuk membolehkan Penang terus bersaing walaupun tempoh memimpin adalah singkat.

"Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudiannya apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantikan beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami."

Zairil Khir Johari melahirkan rasa bangga kerana program akar umbi atau ubi berjaya mewujudkan pasukan bawah -16 dan bawah-14 ketika di bawah seliaanya sepanjang menjadi Presiden.

"Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah-14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China. Mereka adalah harapan kita untuk Pulau Pinang!"

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga FAP di atas sokongan mereka dan berdoa serta berharap Penang akan kembali bangkit.

"Saya berharap pasukan kesayangan kita ini akan kembali bangkit dan menggegar liga sebagaimana suatu ketika dahulu. Ayuh semua, demi negeri kita! Haria Penang Haria!"

SIARAN MEDIA George Town, 9 Oktober 2017Perletakan jawatan sebagai presiden FA PENANG Menjelang penutupan tirai...

FA Penang 发布于 2017年10月8日

Sharnaaz Ahmad Mengamuk

Sebagai peminat tegar Pulau Pinang semenjak kecil lagi, Sharnaaz Ahmad tidak salahkan pemain tetapi beliau menyalahkan pihak pengurusan.

"Dari kecik aku sokong FAP.. tapi tahniah lah diatas segala kejahanam yg anda lakukan.. kebodohan / korupsi yg tiada kesudahan.. jgn sesekali salahkan player.. salahkan pentadbiran yg hariaaaa jadah!!"

Dan Sharnaaz juga meminta jasa baik semua untuk tag kera itu. Siapakah kera yang dimaksudkan? Adakah kerana mempunyai akaun laman sosial?

"Atau ayat lebih molek, MUSIBAT! Sapa lah pi lantik si banggang dok di atas.. tolong lah tag kera tu.."

Luahan hati dan pendapat Sharnaaz Ahmad yang sememangnya terkenal dengan sifatnya yang keras mendapat sokongan pengikutnya di Instagram. Nyata mereka juga kecewa dan marah dengan nasib pasukan skuad Harimau Kumbang itu.

Dua minggu selepas Sharnaaz Ahmad mengamuk Presiden FAP letak jawatan. Power betul Abang Jebat!

Penyokong Penang Bergembira dan Bersyukur

Nyata berita pengunduran diri Presiden FAP ini disambut dengan penuh kegembiraan dan rasa bersyukur dari penyokong Harimau Kumbang.




Paparkan Komen