Air Mata Mengiringi Persaraan Buffon Bersama Italy

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Air mata jantan Gianluigi Buffon tumpah tatkala beliau memohon maaf kepada seluruh peminat Italy ekoran kegagalan untuk layak ke Piala Dunia 2018. Buffon juga mengumumkan persaraan beliau di peringkat antarabangsa.

Penjaga gol lagenda dunia itu nyata gagal menahan kesedihan dengan gagalnya Italy untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak tahun 1958. Sambil menyeka air mata Buffon yang pernah menjulang Piala Dunia pada 2006 berkata :

"Maafkan aku inilah perlawanan terakhir aku yang berkebetulan dengan gagalnya kami untuk layak ke Piala Dunia."

"Aku tidak meminta maaf bagi diri sendiri tetapi untuk bola sepak Italy."

Imej : Getty Images

"Kami gagal untuk mencapai sesuatu yang memberi makna kepada peringkat sosial."

"Terdapat kekesalan dengan kesudahan yang sebegini, bukan kerana masa berlalu."

"Masih ada harapan untuk bola sepak Italy, kerana kami mempunyai kebanggaan, kemampuan, keazaman dan selepas ribut yang buruk kami sentiasa menemui jalan yang sebenar."

Imej : Getty Images

"Aku meninggalkan pasukan dengan pemain berbakat termasuklah Gigi Donnarumma dan Mattia Perin."

"Aku mahu memeluk Chiello, Barza, Leo dan Lele yang sentiasa berjuang bersama aku hampir 10 tahun ini."

"Dalam bola sepak, kau menang sama-sama dan kalah sama-sama. Kau berkongsi pujian dan kesalahan."




Paparkan Komen