AFC Tangguh Aksi Korea Utara vs Malaysia

Encik Bakri 4 bulan yang lalu

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan bahawa perlawanan pertama Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara bertemu Malaysia di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang pada 28 Mac ini ditangguhkan ke tarikh yang lain, perkara ini diputuskan Jawatankuasa Pertandingan AFC.

Setiausaha Agung FAM

Menurut kenyataan yang di keluarkan Setiausaha Agung FAM, Dato Haji Hamidin, FAM menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk menentukan  tarikh baharu dan venue untuk perlawanan tersebut dan bersedia memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian.

FAM menyambut baik keputusan dibuat oleh AFC itu kerana ia dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamatan para pemain dan pegawai pasukan jika perlawanan itu tetap diteruskan ekoran ketegangan hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara.