The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

AFC Putuskan JDT Ke Final AFC Cup 2015 Bertemu Istiklol

Encik Bakri pada October 17, 2015

JDT melakar Sejarah bolasepak Malaysia apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hari ini memutuskan pertembungan final  AFC Cup 2015 akan menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Tajikistan, FC Istiklol.

AFC dalam laman web badan induk itu, berkata keputusan itu diambil berikutan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA), hari ini.

Penggantungan itu menyaksikan dua kelab Kuwait, Kuwait SC dan Qadsia SC yang dijadual beraksi di separuh akhir kedua tidak dibenarkan menjalani sebarang aktiviti di bawah kelolaan badan induk itu.

“Berikutan keputusan FIFA untuk menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait dan kesemua ahlinya dalam aktiviti bola sepak, Kuwait SC dan Qadsia SC tidak lagi layak untuk beraksi pada separuh akhir AFC Cup.

“Perlawanan final AFC Cup kini akan membabitkan Johor Darul Ta’zim dari Malaysia dan FC Istiklol dari Tajikistan.

” AFC dalam pada itu turut menyatakan pertembungan final AFC Cup 2015, 31 Oktober ini akan dijalankan d Dushanbe, Tajikistan.

jdt-istiklol-ke-final-afc-2015-

FIFA menggantung KFA disebabkan campur tangan kerajaan dalam perundangan sukan di negara terbabit.


Download aplikasi The Sukan di Google Play