The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

AFC Champions League : Peluang Cerah Buat Kelab Malaysia

Encik Bakri pada July 31, 2016

Pada 3 Jun lalu, AFC telah mengeluarkan ranking terbaharu Members of Association (MA) dan FAM telah berjaya (kerja FAM ke) menduduki tangga ke-18 keseluruhan, dan ke-8 bagi zon timur, dua anak tangga lebih tinggi berbanding ranking yang lalu.

Ranking terbaru MA AFC adalah seperti berikut :

afc_ma_rankings_03062016.pdf
Kredit gambar : Asian Football Confederation

Manakala ranking bagi zon timur pula adalah seperti berikut

2017 AFC Champions League Wikipedia the free encyclopedia
Kredit gambar : Wikipedia

Siapa yang bakal layak ke AFC Champions League

  1. Setiap MA di tangga pertama dan kedua mendapat tiga slot automatik ke peringkat kumpulan, dan satu slot untuk pusingan kelayakan.
  2. Setiap MA di tangga ke tiga dan keempat mendapat dua slot automatik ke peringkat kumpulan dan dua slot untuk pusingan kelayakan.
  3. MA di tangga ke-lima mendapat satu slot automatik ke peringkat kumpulan dan dua slot untuk ke pusingan kelayakan.
  4. MA di tangga ke-enam mendapat satu slot automatik ke peringkat kumpulan dan satu slot ke pusingan kelayakan.
  5. MA di tangga ke-tujuh hingga ke-12 masing-masing mendapat satu slot ke pusingan kelayakan.

Ini bermakna, jika MA Malaysia berjaya menaiki lagi dua anak tangga ke tangga ke-6, maka Malaysia akan mendapat satu slot automatik dan satu slot ke play off AFC Champions League. Kesan sampingannya pula, Malaysia tidak lagi berkelayakan untuk bermain di AFC Cup kerana sudah dikira dalam golongan pasukan elit.

Bagaimana mata untuk ranking MA ini dikira?

Soalan yang bagus. Secara asasnya, setiap perlawanan yang melibatkan pasukan negara dan kelab-kelab di bawah kelolaan AFC dan FIFA diambil kira. Bagi pasukan kebangsaan, setiap mata yang dikira dalam ranking FIFA akan dimasukkan ke ranking MA ini dan hanya menyumbang kepada 30% dari keseluruhan mata, manakala mata yang dikutip oleh kelab-kelab bernaung di bawah MA menyumbang kepada 70% dari mata.

Di bawah adalah mekanisme untuk mengira jumlah mata bagi kelab.

Bagi perlawanan AFC Champions League dan AFC Cup, setiap kemenangan akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan tiada mata untuk pasukan yang kalah. 3 mata juga akan diberikan kepada setiap pasukan yang layak ke :

  1. peringkat kalah mati
  2. layak ke suku akhir
  3. layak ker separuh akhir
  4. layak ke perlawanan akhir

Sekirannya MA mempunyai lebih dari satu kelab, maka purata mata akan dikira.

Pada tahun 2015, MA Malaysia bernasib baik apabila JDT menjuarai AFC Cup dan Pahang pula layak ke suku akhir.

Pada tahun 2016, agak perit apabila Selangor sudah bungkus awal dari saingan AFC Cup, dan harapan disandarkan kepada JDT.

Nota : 3 mata bagi AFC Cup bernilai 1 mata bagi AFC Champions League.

AFC MA Ranking 2016
Kredit gambar : Asian Football Confederation

Kesimpulan

Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dan tidak mempunyai semangat kenegerian, penulis berharap pasukan JDT mampu mengulangi pencapaian tahun lepas memenangi AFC Cup dan pada masa yang sama pasukan kebangsaan Malaysia akan lebih senonoh dan reti bahasa menaikan ranking FIFA sekaligus membantu pencapaian MA Malaysia di sisi AFC.

Baca juga  : Kenapa JDT tidak layak secara automatik ke AFC Champions League


Download aplikasi The Sukan di Google Play