AC Milan Dijual Kepada Pemilik China, Disokong Rothchild

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Pemilik AC Milan, Fininvest semalam telah sah menjual seluruh pegangan saham dalam kelab AC Milan, atau bersamaan 99.93 peratus, kepada Rossoneri Sport Investment Lux.

Persetujuan pembelian telah ditandatangi pada 5 Ogos 2016 dan diperbaharui pada 24 Mac 2017, oleh CEO Fininvest Danilo Pellegrino dan David Han li - wakil Rossoneri Sport Investment Lux.

David Han Li - pemilk baru AC Milan.

Syarat dalam perjanjian adalah seperti yang telah didedahkan pada bulan Ogos, dan nilai pembelian dilaporkan bernilai €740 juta (RM3.5 billion), termasuk hutang kelab yang bernilai €220 juta (RM 1.03 billion) setakat 30 Jun 2016.

Sebanyak €90 juta (RM421 juta) akan dipulangkan kepada AC Milan sebagai kos operasi yang telah dibelanjakan Fininvest dari 1 Julai 2016 sehingga hari  ini.

Pihak pembeli juga telah mengesahkan bahawa mereka komited untuk menambahkan lagi modal kewangan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan kelab.

Pada hari ini, 14 April 2017, para pemegang saham AC Milan akan bermesyuarat untuk menentukan perlantikan pihak pengurusan baru bagi kelab ini.

Rothschild & Co.

Rossoneri Sport Investment Lux disokong secara kewangannnya oleh Rothchild & Co., dan melantik syarikat Gianni, Origoni, Grippo, Cappelli & Partner dan  Gattai, Minoli, Agostinelli & Partners sebagai peguam untuk urusniaga ini. Manakala Fininvest pula diwakili oleh Lazard dan Studio Chiomenti.

Pembelian ini bakal memberikan AC Milan tambahan kewangan untuk berbelanja membeli pemain baru, sekaligus menaikkan semula reputasi AC Milan sebagai kelab gergasi bukan sahaja di Itali, malah di eropah juga.

Sumber berita  : AC Milan




Paparkan Komen