Aaron Ramsey Bakal Sertai Juventus Musim Hadapan Dengan Gaji Mingguan Sekitar £400,000

Izuddin oleh Izuddin 1 minggu yang lalu

Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey telah menandatangani pra-kontrak bersama Juventus hari ini dan bakal menyertai kelab tersebut sebaik sahaja kontraknya tamat hujung musim nanti.

Menurut laporan BBC, Ramsey menandantangani kontrak selama 4 tahun bersama Juventus selepas melepasi pemeriksaan perubatan ke-2 pada lewat bulan Januari lalu.

RM 2 juta seminggu. Ko hado ? Ejen Ramsey wajar diberi pujian kerana pandai mencari kontrak lumayan untuk Ramsey. Bukan biashe2

Pemain berusia 28 tahun itu bakal menjadi pemain British yang menerima gaji paling tinggi sepanjang sejarah apabila Juventus bersetuju membayar gaji mingguan sekitar £400,000 (RM 2.09 Juta) kepada Ramsey.

Sebelum mengadakan perbincangan dengan Juventus, Ramsey terlibat dalam perbincangan dengan Arsenal untuk melanjutkan kontraknya di Emirates yang bakal tamat pada hujung musim ini.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Unai Emery mengambil alih tampuk kepimpinan di Arsenal, tawaran kontrak yang diletakkan di atas meja untuk Ramsey telah ditarik balik. Ramsey sendiri pernah mengeluarkan kenyataan beliau sendiri tidak tahu mengapa Arsenal berbuat demikian, namun kekal komited dengan Arsenal sehingga kontraknya berakhir.

Arsenal secara rasmi menarik tawaran kontrak terhadap Ramsey pada Oktober tahun lalu, lantas memberikan peluang kepada kelab yang berminat untuk mengadakan perbincangan dengan Ramsey.

Paris Saint-Germain dan Bayern Munich antara kelab yang berminat untuk mendapatkan Ramsey tetapi peluang untuk bermain Cristiano Ronaldo di Juventus merupakan peluang yang tidak mampu dilepaskan Ramsey.

Sebaik sahaja berita perpindahan beliau ke Juventus menjadi tular, Ramsey memuat naik satu status di Twitter untuk mengesahkan perpindahan beliau ke Juventus, selain mengucapkan terima kasih kepada Arsenal.

Antara pemain yang menyertai Juventus secara percuma sebelum ini. Mampukah Ramsey mengikut jejak langkah Pogba dan Pirlo dalam mencipta impak di Turin ?

"Seperti yang anda semua sudah dengar, saya telah bersetuju untuk menandatangani pra-kontrak bersama kelab bola sepak Juventus."

"Saya ingin memberikan kenyataan peribadi kepada peminat Arsenal yang selama ini amat setia dan banyak menyokong saya."

"Anda mengalu-ngalukan saya ketika saya masih remaja dan berada di samping saya ketika saya melalui tempoh yang cemerlang dan sukar selama bersama kelab ini."

"Dengan hati yang berat, saya akan meninggalkan North London selepas 11 tahun. Terima kasih."

"Saya akan terus memberikan 100% dan berharap mampu menghabiskan musim ini dengan cemerlang sebelum saya membuka lembaran baru dalam karier saya di Turin."

Juventus sememangnya terkenal sebagai kelab yang pandai mencari pemainhebat secara percuma. Antara pemain terkenal yang menyertai kelab tersebut secara pra-kontrak sebelum ini termasuk Dani Alves, Emre Can, Andrea Pirlo dan Paul Pogba.

Ramsey bakal menjadi pemain Wales ke-3 beraksi untuk Juventus, mengikut jejak langkah Ian Rush dan John Charles.




Paparkan Komen