9 Rekod Yang Belum Dipecahkan Oleh Ronaldo atau Messi

Eikrem oleh Eikrem 5 bulan yang lalu

Bila cerita bab Cristiano Ronaldo dan Leo Messi ni, memang beratus muka surat pun tak habis nak senaraikan rekod-rekod yang telah mereka pecahkan dan cipta. Lepas senaraikan semua rekod-rekod kedua-dua pemain ini, kita akan nampak dua set penyokong saling berperang di komen pula.

Takpe. Kami seronok tengok penyokong Ronaldo dan Messi ni bergaduh.

Tapi dalam banyak-banyak rekod yang dicipta, ada lagi 9 rekod yang belum lagi mampu dipecahkan Ronaldo atau Messi.

Penjaring Terbanyak Perlawanan Akhir UCL/Piala Eropah

Rekod ini dipegang oleh dua lagenda Real Madrid - Alfredo Di Stefano dan Ferenc Puskas - 7 gol. Lebih menarik lagi, pada tahun 1960, Di Stefano menjaringkan tiga gol, dan Puskas menjaringkan empat gol dalam perlawanan akhir menentang Eintracht Frankfurt, yang berkesudahan Real menang 7-3.

Ronaldo dan Messi masing-masing kini telah mengumpulkan lima gol dalam perlawanan akhir UCL.

Pemenang Terbanyak UCL/Piala Eropah

Francesco Gento memegang rekod sebagai satu-satunya pemain yang memenangi enam kali Piala Eropah - dilakukan bersama Real Madrid di antara tahun 1956-1966.

Paolo Maldini, Alessandro Costacurta dan Di Stefano memenangi lima Piala Eropah, manakala Messi, Xavi, Andres Iniesta, Pique dan Clarence Seedorf menang Piala Eropah/UCL empat kali.

Ronaldo pula baru menang tiga kali, dan Arsenal masih belum menang sebarang piala di eropah.

Memenangi Piala Eropah/UCL Dengan Pasukan Berlainan

Clarence Seedorf memegang rekod ini dengan memenanginya bersama Ajax, Real Madrid dan AC Milan. Leo Messi mungkin tidak akan memecahkan rekod ini memandangkan dia cukup setia bersama Barcelona.

Ronaldo berpeluang menyamai atau memecahkan rekod ini sekirang berpindah selama dua musim berturut-turut ke PSG kemudian ke Bayern. Memang mustahil Ronaldo ke Barcelona, tetapi kalau Ronaldo ke West Ham, mustahil dia akan bermain di UCL.

Jaringkan Gol untuk Kelab Berbeza

Rekod ini dipegang oleh Zlatan Ibrahimovic  yang telah menjaringkan gol untuk Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan PSG di UCL, dan Manchester United di Liga Europa.

Hidung Zlatan memang mancung dari dulu

Setakat ini, Ronaldo hanya menjaringkan gol buat Manchester United dan Real Madrid sahaja, dan Messi hanya untuk Barcelona.

Kedua-dua mereka dijangka tidak akan memecahkan rekod ini.

Hatrik Dalam Dua Perlawanan UCL Berturut-turut

Luiz Adriano yang kini bermain untuk AC Milan telah melakukan hatrik dalam dua perlawanan berturut-turut, pada 2014 ketika mewakili Shakhtar Donetsk dan menewaskan BATE Borisov di tempat lawan, dan tempat sendiri.

Andai Barcelona bertemu Arsenal pada musim ini, tak mustahil Messi mampu lakukannya. Messi kan power.

Gol Terbanyak Dalam Satu Musim Eropah

Radamel Falcao memang garang sejak dulu - kecuali dua musim di England. Falcao telah mejaringkan 18 gol pada musim 2010-11, ketika membantu Porto menjuarai Liga Europa.

Ronaldo hampir lakukannya pada 2014 dengan 17 gol, Messi pula jauh sedikit dengan 14 gol.

Musim lepas Ronaldo jaringkan 16 gol.

Banyak juga tu.

Jaringkan Gol Dalam Musim Berbeza di Eropah

Ronaldo telah menjaringkan gol dalam 12 musim UCL, kurang satu berbanding Messi.

Rekod ini dipegang oleh Ryan Giggs yang telah menjaringkan gol dalam 16 musim UCL/Piala Eropah.

Hatrik Terpantas UCL

Bafetimbi Gomis memegang rekod sebagai penjaring hatrik terpantas UCL dengan catatan masa hanya enam minit ketika Olympique Lyon membelasah Dinamo Sagreb 7-1 pada 2011.

Ingat Gomis ni?

Messi pernah menjaringkan hatrik dalam tempoh 22 minit ketika menentang Arsenal pada 2012, dan hatrik terpantas Ronaldo adalah dalam masa 12 minit ketika menentang Malmo musim lalu.

Bermain Tanpa Gaji

Ronaldo dan Messi sedang mengecap gaji bernilai jutaan ringgit seminggu tetapi tahkah anda mereka tidak pernah bermain tanpa gaji?

Rekod bermain dengan penuh ikhlas tanpa gaji ini dipegang oleh ramai pemain di Liga Malaysia di mana ada yang tidak menerima gaji selama enam bulan. Lama bukan?

Jika Messi dan Ronaldo ingin mencipta rekod bermain tanpa gaji, mereka boleh bermain dengan salah satu daripada pasukan-pasukan di Liga Malaysia.

Sumber : Squawka


Share Tweet


Paparkan Komen