The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

7 jurulatih yang berpotensi menggantikan Jose Mourinho – sekiranya dipecat

Eikrem pada November 9, 2015

Jawatan Jose Mourinho semakin terancam setelah Chelsea tewas lagi 1-0 kepada Stoke pimpinan Mark Huges. Walaupun permain ada peningkatan dari segi kualiti permainan, itu belum cukup untuk memberikan 3 mata berharga buat Chelsea  yang telah tewas 7 kali dalam 12 perlawanan, berbanding 3 perlawanan keseluruhan musim lepas.

jose-mourinho-digantung
Bad season Jose

Ada khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa Jose akan dipecat buat kali kedua oleh pemilik, Encik Roman Abramovich. Berikut adalah 7 senarai jurulatih yang berpotensi untuk menggantikan Jose.

  1. Carlo Ancelotti
Liga dan Piala FA tidak mampu memuaskan hati Roman
Liga dan Piala FA tidak mampu memuaskan hati Roman

Pernah menguruskan Chelsea dan memenangi liga dan piala FA pada musim 2011-12,  sebelum dipecat setelah tewas di tangan Everton di Goodison Park.  Musim 2013, dia mengambil alih jawatan jurulatih Real Madrid menggantikan Mourinho dan membawa Real memenangi UEFA Champions League buat kali ke-10.

Setelah dipecat Real Madrid musim panas lalu, Ancelotti masih berehat dan belum memegang mana-mana jawatan jurulatih atau pengurus. Dia dikatanan berminat untuk tugas berprofil tinggi seperti ini.

  1. Fabio Capello
Garang pakcik ni
Garang pakcik ni

Pernah bertugas sebagai pengurus skuad kebangsaan England  dan mempunyai CV yang cukup cemerlang di serata eropah.

Dia pernah memenangi 5 kejuaraan liga Itali – bersama dua kelab berbeza, UCL, Piala Super Eropah, Kejuaraan Kelab Dunia dan Coppa Italia.

Walaupun kebelakangan ini rekodnya tidak berapa baik, terutamanya ketika mengedalikan Russia, Capello masih dilihat sebagai jurulatih yang berwibawa.

Penyokong Chelsea mungkin ragu dengan jurulatih veteran ini, tetapi dia boleh jadi jurulatih yang diharapakan untuk tempoh singkat, sekurang-kurangnya sehingga tamat musim ini.

  1. Pep Guardiola
Pakar untuk memenangi piala
Pakar untuk memenangi piala

Siapa yang tidak mahukan Pep G?

Dua kelab Manchester  – United dan City dikatakan berminat untuk menyambar jurulatih ini, Paris Saint German, JDT malah Felda United juga. Prinsip taktikal permainan yang fleksibel dan boleh ubah bersesuaian mengikut keadaan permainan menjadikan pasukan yang dikendalikan Pep sukar untuk dikalahkan.

24 trofi bersama Barcelona dalam tempoh 4 tahun bukanlah satu nombor yang kecil. Namun, pelantikannya agak mustahil walaupun kontraknya bersama Bayern akan tamat musim panas 2016 kerana Bayern sedang berusaha untuk memanjangkan dan menaikkan nilai kontraknya.

  1. Diego Simeone
Dressing seperti yakuza mungkin mampu menakutkan pemain senior Chelsea
Dressing seperti yakuza mungkin mampu menakutkan pemain senior Chelsea

Jurulatih Atletico Madrid ini telah meletakkan kelabnya, Atletico menjadi pencabar utama kejuaraan La Liga hamper setiap musim. Pernah membawa Atletico ke perlawanan akhir UCL, hanya tewas kepada Real Madrid hasil tandukan Gareth Bale pada masa tambahan.

Bagi peminat Chelsea berbangsa Inggeris, mereka mungkin masih tidak dapat memaafkan tindakan Simeone yang menyebabkan David Beckham dikenakan kad merah dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 1998, yang menyebabkan England terkeluar dari saingan.

Jika Chelsea berhasrat untuk mendapatkan jurulatih Argentina ini pada pertengahan musim, hasrat tersebut tampak sukar kerana Simeone pastinya mahu menghabiskan musim ini di Madrid.

Namun ada khabar angina bertiup mengatakan pembantunya, German Burgos, sedang belajar Bahasa Inggeris sebagai persiapan untuk bekerja di London.

  1. Guus Hiddink
Mampukah Hiddink mengembalikan magisnya?
Mampukah Hiddink mengembalikan magisnya?

Pernah digelar ‘Supercoach’ setelah membawa Korea Selatan beraksi cemerlang di Piala Dunia 2002, dan PSV Eindhoven layak ke separuh akhir UCL pada awal 2000.

Hiddink pernah mengendalikan Chelsea secara sementara setelah Chelsea memecat Luis Felipe Scolari pada tahun 2008-09. Ketika itu, Hiddink adalah jurulatih skuad kebangsaan Russia.

Ketika ini Hiddink tidak mempunyai sebarang pasukan untuk dikendalikan setelah usahanya membawa Belanda ke Euro 2016 gagal dan digantikan Danny Blind.

Mungkin calon terbaik untuk baki musim ini buat Chelsea.

  1. Ronald Koeman
Terlalu muda untuk menguruskan Chelsea?
Terlalu muda untuk menguruskan Chelsea?

Pada musim pertamanya bersama Southampton, Koeman membuat kejutan apabila hamper membawa The Saints menduduki 4 tangga teratas liga, hanya layu di hujung musim kerana masalah kecederaan dan kepenatan pemain.

Pada musim ini, Soton masih lagi dalam keadaan stabil, dan menduduki tangga ke-7 selepas 12 perlawanan, 9 tangga di atas Chelsea.

Namun, jika Koeman dilantik, dia mungkin akan menghadapi masalah sama yang dihadapi Felipe Scolari, Andre Villas Boas, Rafa Benitez dan lain-lain jurulatih – pemain yang keras kepala, terutamanya John Terry.

  1. John Terry
Future manager?
Future manager?

Pemain paling senior dalam The Blues, dan berada di kelab tersebut sejak akademi, Terry mempunyai pengaruh yang cukup besar dan mampu membuatkan jurulatih pasukan dipecat.

Dalam zaman EPL, Chelsea pernah dua kali menggunakan system pemain-jurulatih ketika zaman Gianluca Vialli dan Ruud Gullit. Langkah ini mungkin tidak mampu membawa Chelsea terus naik ke top 4 EPL, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengisi kekosongan kerusi jurulatih sekiranya Jose dipecat.

Masa untuk John Terry menjadi pengurus?


Download aplikasi The Sukan di Google Play