6 Statistik Gila Kemenangan Monaco ke Atas City

Eikrem oleh Eikrem 6 bulan yang lalu

Buat pertama kali dalam kariernya sebagai pengurus, pasukan yang dibimbing Pep Guardiola gagal layak ke peringkat suku akhir, setelah ditunjukkan jalan keluar oleh AS Monaco, setelah tewas 3-1 di tempat lawan, sekaligus melayakkan Monaco melalui peraturan gol di tempat lawan selepas seri 6-6 secara aggregat. Kesilapan wajar diletakkan di bahu pemain Manchester City di mana mereka telah membenarkan Monaco menjaringkan tiga gol di Ettihad dua minggu lalu.

Penyingkiran City ini sekali lagi menunjukkan kelemahan pasukan tersebut di peringkat tertinggi, dan berikut adalah enam statistik gila daripada perlawanan timbal balik ini.

Jaring Lima Gol Tapi Tersingkir

City ialah pasukan pertama dalam sejarah Liga Juara-juara yang tersingkir dalam pusingan kalah mati meskipun telah menjaringkan lima gol dalam perlawanan pertama. Kealpaan benteng pertahanan mereka pada perlawanan pertama ternyata membawa kesan buruk. Falcao dengan gembira memperkotak katikkan pertahanan City dan jaringkan tiga gil di Ettihad, termasuk satu gol chip yang sungguh anggun.

Bolos 16 Gol

Secara totalnya, pasukan Sky Blues ini telah melepaskan 16 gol dalam lapan perlawanan musim ini. Pasukan Arsenal juga melepaskan 16 gol, tetapi itu termasuk 10 gol yang disedekahkan kepada Bayern tempoh hari. Jadi, adakah ini bermaksud City setaraf Arsenal?

Pep Gagal

Pep Guardiola gagal layak ke suku akhir buat pertama kali dalam kariernya sebagai pengurus. Pep hadir ke City kononnya sebagai penyelamat, namun jika kedudukan City dalam Liga Perdana dan prestasi Liga Juara-juara diambil kira, Pep boleh dikatakan gagal. Ketika menguruskan Barcelona, Pep dua kali membawa pasukan tersebut menjuarai Liga Juara-juara, dan turut membawa kelab Jerman, Bayern Munich layak ke separuh akhir tiga musim berturut-turut.

Kali Pertama Pasukan Lebih Kaya Kalah

Perlawanan Monaco dan Manchester City ini juga menyaksikan buat pertama kali dalam pusingan 16 pasukan ini pasukan yang kurang kaya berjaya menewaskan lawan yang lebih kaya. Jadi apa maksudnya? Kebangkitan si miskin ke macama mana?

City Gagal Melakukan Percubaan

Dalam perlawanan semalam menentang Monaco, City gagal melakukan sebarang percubaan langsung ke arah pintu gol Monaco dalam separuh masa pertama dan ini ialah kali pertama berlaku kepada mereka dalam Liga Juara-juara. Ketumpulan ini jelas menunjukkan taktik Monaco untuk mengawal jentera tengah dan serangan City berjaya.

Hanya Sekali City ke Suku Akhir

Sejak duit minyak Timur Tengah melimpah ke Ettihad, Manchester City dilihat cukup garang bagaikan harimau lapar di liga domestik, namun mereka terkulai layu umpama kucing betina yang baru lepas bersalin di peringkat eropah. Sepanjang kehadiran mereka di Liga Juara-juara, City hanya sekali layak ke suku akhir manakala percubaan yang lain terkandas di pusingan 16 pasukan.

Sumber artikel : Mirror Football




Paparkan Komen