The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

6 sebab kekalahan Malaysia di tangan Palestin

Eikrem pada November 13, 2015

Malaysia kembali ke landasan normal apabila berjaya memberikan kemenangan yang besar kepada Palestin enam gol tanpa balas. Seperti biasa, apabila Harimau Malaya tercabut taring palsu maka ramailah penyokong dan peminat menyumpah seranah FAM dan pasukan kebangsaan tanpa mengulas punca sebenar kekalahan tersebut.

Palestine_FA_(logo)

Setelah membuat kajian ringkas, satu kesimpulan mudah telah dibuat di atas kekalahan besar Malaysia kepada Palestin semalam.

Berikut adalah 6 sebab kenapa Malaysia tewas kepada Palestin.

  1. Palestin berjaya menjaringkan gol pertama
  2. Palestin berjaya menjaringkan gol kedua
  3. Palestin berjaya menjaringkan gol ketiga
  4. Palestin berjaya menjaringkan gol keempat
  5. Palestin berjaya menjaringkan gol kelima
  6. Palestin berjaya menjaringkan gol keenam.

Andai Palestin tidak berjaya menjaringkan gol, pastinya Malaysia tidak akan tewas 6-0 dalam perlawanan tersebut.


Download aplikasi The Sukan di Google Play