6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Florentin Pogba, Abang Paul Pogba

Encik Bakri 7 bulan yang lalu

Sudah tersurat bahawa Manchester United bakal bertemu Saint-Etienne di Europa League, pertembungan ini juga bakal menemukan Paul Pogba dan Abangnya Florentin Pogba yang merupakan seorang pemain pertahanan.

Pogba vs Pogba bakal menyaksikan kelicikan Paul dan kekentalan Florentin disulami dengan gaya rambut siapa yang lagi menarik dan meriah. Berikut merupakan 6 perkara anda perlu tahu mengenai Florentin Pogba dan Pogba bersaudara.

Menurut Mourinho pertembungan dua beradik ini adalah satu takdir yang baik cuma memberi masalah kepada ibu Pogba bersaudara mahu memilih. Mourinho juga menjelaskan bahawa ibu Pogba mahu keputusan seri tetapi bagi Mourinho akan ada Pogba yang bersedih.

1. Florentin Merupakan Abang Kepada Paul Pogba

My twinnance and I ready to go to …….. #lapogbance come on bro❤️🙏🏿👊🏿

A post shared by Mathias Pogba (@mathiaspogbaofficial) on

Florentin berusia 26 tahun merupakan abang kandung kepada Paul Pogba. Florentin telah bersama Saint-Etinne sejak tahun 2000 lagi.

Florentin mempunyai kembar yang bernama Mathias yang juga merupakan seorang pemain bola sepak profesional. Mathias kini bermain di Belanda bersama kelab Sparta Rotterdam.

Tiga Pogba bersaudara ini menjadikan bola sepak sebagai kerjaya dan sumber pendapatan mereka.

2. Abang Pogba Tidak Memilih Untuk Bermain Bersama Perancis

Demarrage pour le stade ah ouiiii ouiiii #family#lapogbance ❤️❤️⚽️⚽️

A post shared by Mathias Pogba (@mathiaspogbaofficial) on

Jika Paul Pogba memilih untuk bermain bersama Perancis di peringkat kebangsaan yang merupakan negara kelahirannya. Pasangan kembar ini bermain untuk negara Guinea, tempat kelahiran mereka.

3. Florentin Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke England

Florentin dikaitkan dengan perpindahan ke Hull dan Sunderland pada musim panas lalu. Walaupun bukan perpindahan mega seperti adiknya tetapi Abangnya juga bukanlah seorang pemain yang biasa-biasa.

4. Peminat Tegar Arsenal

Même en plein training on casse la Dé (démarche)! #lapogbance #footballlife 💥💥💥⚽️

A post shared by Florentin Pogba (@florentinpogbaofficial) on

Ketika ditanya mengenai kebarangkalian bermain di England, inilah jawapan beliau. Point nommbor 4 secara automatik jawapan dia semua tahu.

“Inilah impian saya sejak kecil. Saya mempunyai beberapa tawaran semasa jendela perpindahan tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Saya menunggu dengan penuh kesabaran dan saya mahu meneruskan prestasi terbaik dengan kelab yang membenarkan saya pergi.

“SAYA SAYANG DAN CINTAKAN ARSENAL” Katanya sambil membetulkan ‘parking’ seraya memohon maaf.

“Maaf kurang sopan betul ‘parking depan orang ramai, maklum la tall, dark, handsome” Jelas Florentin.

5. Gabungan 3 Pogba Bersaudara Boleh Menjadi Tunjang Di Setiap Posisi

#latrilogie #lapogbance @mathiaspogbaofficial @paulpogba

A post shared by Florentin Pogba (@florentinpogbaofficial) on

Jika 3 Pogba bersaudara ini digabungkan dalam satu pasukan mereka boleh menjadi tunjang di setiap posisi.

Florenti Pogba = Pemain Pertahanan
Paul Pogba = Pemain Tengah
Mathias Pogba = Penyerang
S.Veenod Pogba = Bermain Di tepian

6. Pogba Bersaudara Boleh Menari Dengan Baik

Pogba bersaudara boleh menari dengan baik boleh menggantikan kumpulan X-Factor

7. Saudara Pogba Jauh Di Malaysia

Gambar : NST

Mungkin ramai yang tidak tahu Pogba mempunyai saudara di Malaysia. Perkara ini sendiri mungkin tidak diketahui oleh keluarga Pogba sendiri.

Gambar : Harian Metro