6 Gol Yang Padu Dari Alan Shearer

Mohammad Safwan oleh Mohammad Safwan 5 bulan yang lalu

Alan Shearer. Nama yang bukan asing lagi kepada peminat bolasepak dunia. Lebih-lebih lagi kepada peminat EPL. Merupakan produk akademi Southampton dan seterusnya mengembangkan kariernya bersama Blackburn.

Menjuarai EPL pada musim 1994/1995 bersama Blackburn dan menyebabkan pasukan bakal juara yang sering melaungkan ayat "This year is our season" menukar ayat kepada "Next years is our season".

Selain itu juga, Alan Shearer juga telah membuatkan muka Pak Alex merah kemerahan umpama udang terbakar kerana menyebabkan Manchester United terlepas kejuaraan pada musim tersebut. Kejam betei si Alan ni.

Pasa musim 1995/1996. Ayam tambatan Blackburn ini telah berpindah ke kelab Newcastle United. Di Newcastle, beliau telah terpahat sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol untuk kesemua kejohanan. 206 gol kesemuanya.

Lebih banyak dari jaringan Mat Yo tak salah. Beliau akhirnya bersara di kelab Newcastle pada tahun 2006.

Shearer bersama Noberto Solano sedang meraikan jaringan gol

Alan Shearer terkenal dengan rembatan yang menghasilkan gol-golnya yang padu dan laju. Mari kita saksikan kehebatan Alan Shearer. Tunjuk satu jari ke udara dan jerit. 1 Malaysia!!!!!!.

https://youtu.be/Cg38PyVlmXo


Paparkan Komen