The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

6 Cara Untuk Menjadi Attacking Midfielder Yang Bagus Seperti Andres Iniesta

Eikrem pada March 10, 2016

Dalam sesebuah pasukan bola sepak, posisi attacking midfielder atau pemain tengah serangan (seperti  Andres Iniesta) merupakan satu posisi yang sangat penting terutamanya dalam mencari peluang untuk menjaringkan gol. Biasanya pemain yang bermain di posisi ini akan menjadi playmaker – iaitu pemain yang akan memulakan gerakan-gerakan yang berbahaya ke kubu lawan.

6 Cara Untuk Menjadi Attacking Midfielder Yang Bagus Seperti Andres Iniesta

Antara pemain terbaik dunia di posisi ini ialah tonggak Barcelona, Andres Iniesta – pemain yang telah mengecapi kesemua piala pertandingan yang disertai – La Liga, Copa Del Rey, UEFA Champions League, European Super Cup, Club World Cup, Euro dan Piala Dunia.

Lebih manis lagi dia telah menjaringkan gol kemenangan Sepanyol dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 dan Iniesta telah berkongsi ilmu bagaimana untuk menjadi attacking midfielder yang baik sepertinya melalui satu temubual di fourfourtwo. Berikut adalah ciri-ciri seorang attacking midfielder yang bagus;

Bersedia untuk menerima bola

Sebelum menerima bola, kita perlu berada dalam keadaan yang bersedia. Bersedia bermaksud kita  sudah;

i) mencari ruang untuk senang menerima bola,

ii) mengenal pasti rakan sepasukan yang akan diberi bola.

ball at feet
Quality first touch

Sekiranya rakan tersebut dikawal, kita boleh mengalihkan bola ke arah lain dan mencari ruang yang memudahkan kita pass bola kepada rakan yang sama atau rakan yang lain.

Tetapi perlu kita ingat, kita perlulah memiliki quality first touch supaya dapat memudahkan kita mengawal bola dengan mudah.

Sekiranya kita dikawal, kita boleh melakukan pergerakan off the ball dengan menarik penjaga kita mengikuti kita untuk memberi ruang kepada rakan-rakan yang lain untuk menerima bola.

Menghantar bola

Sebagai enjin utama pasukan, setiap passing  kita adalah penting. Kalau hantaran bola kita betul, peluang untuk menjaringkan gol tinggi, manakala jika hantaran kita dapat dipintas pihak lawan dan boleh membahayakan pintu gol kita.

Perkara utama apabila bola berada di kaki kita, sangat penting untuk tidak kehilangan bola kepada pihak lawan.

Di samping itu, kita perlu mengenal pasti masa yang sesuai untuk membuat hantara, terutamanya killer pass.

Contohnya sayap kanan telah membuat larian di bahagian flank, jika kita pass bola terlalu awal mungkin rakan kita belum bersedia untuk terima dan jika kita pass terlalu lambat, kemungkinan rakan kita tersebut akan offside. Jadi timing untuk melakukan hantaran adalah sangat penting.

Body language

Pergerakan badan memainkan peranan penting dalam mengelirukan pemain lawan ketika kita memilki bola. Kita perlu biasakan diri mengacah pihak lawan.

body movement
Badan perlu lemah gemalai untuk menipu pihak lawan

Contohnya kita mengacah ingin ke kiri, tetapi sebenarnya kita pergi ke kanan lawan dan biasanya ini membolehkan kita melepasi kawalan seorang pemain lawan.

Sekiranya kita kehilangan bola, kita perlu segera menekan pihak lawan untuk mendapat bola kembali, tetapi jangan sampai main kejar-kejar.

Body language juga penting untuk kita mendapatkan tendangan percuma terutamanya di zon strategik berdekatan kotak penalti. jika pergerakan badan kita berjaya memperdaya pihak lawan, risiko untuk pihak lawan melakukan foul amat tinggi.

Berhadapan pemain berbadan sasa dan besar

Selalunya pemain yang berbadan besar atau sasa ni agak berat pergerakan mereka. Jika kita memiliki badan yang lebih kecil dari mereka, kita perlulah mengelakkan diri dari bertembung dengan pemain tersebut.

Bagaimana caranya untuk menjauhkan diri? Membawa bola ke arah yang lain. Sebaiknya jangan ambik risiko untuk bertembung dengan pemain besar ini kerana risiko kehilangan bola dan lebih teruk, membawa kepada kecederaan.

Shoot dari jauh

Sangat penting untuk kita berlatih mencari ruang untuk mencari ruang untuk shoot dari jauh, terutamanya jika kita bertemu lawan yang bermain park the bus. Walaupun ramai pemain yang berada di dalam kotak penalty lawan, pasti ada ruang yang mampu kita tembusi melalui rembatan dari jauh lalu mencecah gol.

during the FIFA Club World Cup Final between River Plate and FC Barcelona at the International Stadium Yokohama on December 20, 2015 in Yokohama, Japan.
during the FIFA Club World Cup Final between River Plate and FC Barcelona at the International Stadium Yokohama on December 20, 2015 in Yokohama, Japan.

Letak otak di kaki

Bunyi agak pelik tetapi itulah hakikatnya. Otak di kaki bermaksud kita berfikir dengan cepat bagaimana kita mahu merencana gerakan. Dengan pantas kita berifikir rakan sepasukan yang mana kita akan hantar bola, di mana kedudukan pihak lawan yang akan mencabar bola dari kita.

Yang penting, kita tidak boleh panik kerana panik akan menghalang kita dari berfikir dengan betul. Perasaan gemuruh itu tetap ada walau sehebat manapun seseorang pemain itu, tetapi melalui sesi warm up yang betul, perasaan tersebut akan hilang dengan sendirinya.