5+1 Asbab Kemenangan Besar Bayern Munich ke Atas Arsenal

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Kempen Liga Juara-juara Eropah telah memasuki fasa 16-pasukan di mana terdapat aksi-aksi dan keputusan menarik dipertontonkan olehh pasukan yang bertanding. Jika kelmarin Barcelona diratah daging mereka oleh Paris Saint Germain, semalam giliran Arsenal pula merelakan diri dibenci oleh penyokongnya sendiri.

Seperti biasa, apabila kalahnya pasukan Arsenal, maka status Facebook dan Twitter dipenuhi dengan hashtag #WengerOut oleh penyokong-penyokong Arsenal.

Jadi untuk meredakan sedikit kesedihan penyokong Arsenal, maka kami berikan 5+1 asbab musabab kenapa Bayern Munich boleh menang besar semalam.

Bermain di tempat sendiri

Allianz Arena merupakan stadium milik kelab Bavaria tersebut dan mempunyai kapasiti 75,000 tempat duduk. Menariknya penyokong Bayern ni, mereka selalu memenuhi stadium sama ada perlawanan tempatan atau peringkat eropah. Jadi apabila mereka diundi bertemu Arsenal dalam pusingan 16-pasukan Liga Juara-juara, maka lagi lah para penyokong yang tidak mempunyai tiket semusim berebut-rebut nak beli tiket sebab mereka yakin menang.

Suasana Allianz Arena

Dalam stadium mereka bersorak dan menyanyi tanpa henti sekaligus mencetus satu suasana yang menakutkan, dan ini tentunya menambah gemuruh pemain lawan, bila dah gemuruh, faham-faham lah. Tambahan pula lawan mereka ialah Arsenal, lawan Hull pun mereka nervous.

Pertahanan Arsenal buat Mannequin Challenge

Lebih kurang macam ni lah pertahanan Arsenal semalam

Bagaikan mengambil inspirasi daripada Manchester City, pemain Arsenal semalam terutamanya pertahanan berpakat untuk melakukan Mannequin Challenge  di atas padang. Ini terbukti melalui jaringan Arjen Robben, Thomas Muller dan gol pertama Thiago Alcantara. Mereka seolah-olah terkaku, dan lebih banyak melihat pihak lawan membuat gerakan.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka kagum dengan permainan cantik Bayern atau kena santau.

Faktor Robben

Arjen Robben telah menjaringkan gol kemengan Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2013, menewaskan Borussia Dortmund. Itu belum cerita volley cantik dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-juara sewaktu bertemu Manchester United di Old Trafford.

Robben dah tutup aurat dah sekarang

Pendek kata, Robben merupakan pemain kelas dunia yang mempunyai kaki kiri yang padu serta gelecekan yang power. Mentang-mentang Robben dah tua, pemain Arsenal dengan selamba bagi jalan kepada Robben. Tengoklah gol pertama Bayern, dengan tenang Robben melakukan placing.

David Ospina vs Petr Cech

Antara ramai-ramai pemain Arsenal, hanya Petr Cech yang pernah memenangi Liga Juara-juara, iaitu bersama Chelsea pada tahun 2012. Pada penghujung musim lalu, David Ospina telah nekad untuk meninggalkan Arsenal kerana kurang peluang permainan, akan tetapi hatinya berubah apabila dipujuk oleh Arsene Wenger.

Alahai...

Wenger telah menjanjikan bahawa Ospina akan bermain setiap perlawanan Liga Juara-juara, dengan Cech akan memanaskan bangku simpanan dan ternyata Wenger berpegang pada janji. Ospina telah bermain kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini dan juga perlawanan semalam. Hasilnya, Arsenal bolos lima gol.

Penguasaan Bola Arsenal yang teruk

Detik gol kelima Bayern

Selalunya dalam perlawanan liga, Arsenal sememangnya akan mendominasi penguasaan bola, terutamanya ketika bertemu Sunderland, Arsenal dilihat sebagai bagaikan pasukan yang terbaik di dunia. Tetapi dalam perlawanan ini, Arsenal bermain bagaikan melepaskan batuk di tangga di mana mereka dengan senang memberikan bola kepada pihak lawan.

Baik sungguh hati mereka.

Alexis Sanchez vs Mesut Ozil

Dua pemain di atas dikatakan pemain terpenting Gunners musim ini. Gerakan dan gandingan mereka berdua ibarat Trunks dan Son Goten, cukup serasi dan berbahaya. Tapi itu kalau bertemu Swansea atau Bournemouth lah. Ketika perlawanan besar, Ozil kerap hilang dan meninggalkan Sanchez terkontang kanting keseorangan.

Ozil kat maner..Ozil Ozil kat maner

Dalam perlawanan menentang Bayern, semangat Sanchez dapat dilihat apabila dia kerap kali menekan penguasaan bola pemain Bayern di atas, sambil menyeru rakan lain turut serta, sedangkan Ozil tidak kelihatan langsung. Mungkin jalan terbaik untuk Sanchez memenangi piala ialah dengan menyertai kelab yang lebih besar di eropah.

Dengar cerita semalam penyokong Bayern nanyi lagu #OzilKatMane.




Paparkan Komen