5 Sebab Peminat Manchester United Menyayangi Michael Carrick

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 3 minggu yang lalu

Semalam tanggal 28 Julai 2017 ialah hari kelahiran hero Manchester United, Michael Carrick yang ke-36 tahun. Siapa sangka pemain tengah ini mampu bertahan di Old Trafford hampir 11 tahun sejak berpindah daripada Tottenham pada tahun 2006. Selepas pemergian Rooney ke Everton, Carrick telah dilantik sebagai kapten pasukan Manchester United untuk musim akan datang.

Pemain Yang Tenang Setenang Air Di Kali

Carrick mempunyai karakter yang tenang setiap kali berada di atas padang. Tidak ada apa-apa atau sesiapa yang boleh mempengaruhinya ketika bermain. Dia akan memberikan fokus 100% dan memastikan kerjanya di atas berjaya dilakukan dengan penuh bergaya walaupun kredit selalu sahaja kurang diberikan kepada pemain tengah ini.

Sumber: Yibada.Com

Pada musim 2012/2013 iaitu musim terakhir Sir Alex Ferguson bersama Manchester United, Robin Van Persie telah membantu United memperoleh kejuaraan liga yang ke-20. Pemain Belanda itu telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh penyokong.

Namun apabila pemain-pemain lain ditanya siapakan yang layak mendapat anugerah tersebut, Carrick telah dipilih berbanding  Van Persie selepas Ferguson memberitahu bahawa musim tersebut ialah  musim terbaik buat Carrick sepanjang bersama Manchester United.

Pengganti Roy Keane

Ketika Carrick tiba di Old Trafford, ramai yang meragui kemampuannya untuk menggantikan tempat dan jersi bernombor 16 milik bekas kapten Manchester United, Roy Keane.

Kesungguhan Keane,gaya permainan keras dan hantaran-hantaran dari bahagian tengah yang selalu ditunjukkan Keane amat dirindui oleh peminat-peminat Manchester United sebelum kehadiran Carrick di Old Trafford.

Sumber: Youtube

Gaya permainan Keane lebih keras berbanding Carrick yang lebih cool dan bersahaja namun kedua-duanya tahu detik dan masa yang sesuai untuk merencana bahagian tengah dan melakukan hantaran kepada barisan serangan Manchester United.

Kapten, Pemimpin Dan Legenda

Michael Carrick ialah antara beberapa orang pemain dari era Sir Alex Ferguson yang masih bersama pasukan United selain David De Gea, Antonio Valencia, Phil Jones, Chris Smalling, Ashley Young dan Jesse Lingard.

Sejak ketiadaan Sir Alex Ferguson, Manchester United masih tercari-cari rentak di bawah dua pengurus sebelum ini iaitu David Moyes dan Louis Vaan Gaal.

Kini di bawah kendalian Jose Mourinho sudah ada sedikit sinar harapan untuk United bangkit kembali sebagai pasukan yang digeruni satu ketika dulu. Mourinho amat memerlukan pemain senior seperti Carrick untuk memberi kata-kata semangat dan tauladan kepada pemain-pemain lain.

Pelantikannya sebagai kapten pasukan yang baru adalah satu keputusan yang tepat. Setakat ini dia telah memenangi 5 kejuaraan liga, Liga Juara Eropah, Juara Kelab Dunia, Liga Europa, 3 kali Piala Liga dan 5 kali Piala Perisai Komuniti. Legenda!

Kenangan 7-1

Siapa masih ingat persembahan yang ditunjukkan oleh Carrick ketika United membelasah AS Roma tanpa belas kasihan dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2006/2007. Tak perlu ulas berlebihan lihat saja video di bawah.

Kata Pujian Untuk Michael Carrick

Saya adalah salah seorang peminat Carrick. Dia adalah salah seorang pemain tengah bertahan yang terbaik aku pernah jumpa dalam hidup. Dia sudah setaraf dengan Xabi Alonso dan Sergio Busquets - Pep Guardiola

Carrick mempunyai hantaran yang berkualiti. Dia boleh bermain untuk Barcelona-Arsene Wenger

Apabila Carrick dan Scholes bermain bersama. Ia umpana pergi ke bar dan mendengar muzik piano dimainkan. Sangat menenangkan- Gary Neville

Sumber: Planet Football


Share Tweet


Paparkan Komen