5 Sebab Kenapa Juventus Bakal Juara UCL

Eikrem 3 bulan yang lalu

Pada minggu lalu, dua gol daripada Gonzalo Higuain telah membantu Juventus menewaskan AS Monaco dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-juara, di tempat lawan.

Malam ini, Juventus bakal menerima kunjungan pasukan Ligue 1 tersebut ke Turin dan pastinya bakal memberikan kejutan dan cabaran besar kepada Monaco.

Dalam sejarah, Juventus tidak pernah tewas perlawanan timbal balik menentang kelab dari Perancis dalam pertandingan peringkat Eropah, dan dua kali mereka telah singkirkan Monaco iaitu pada musim 1997-98 dan juga 2014-15.

Penjaga gol yang mantap, barisan pertahanan yang kental, pemain tengah yang bergerak sebagai satu unit dan penyerang yang tajam meletakkan Juventus sebagai pasukan pilihan untuk mara ke perlawanan akhir UCL, seterusnya muncul juara pada musi ini.

Berikut adalah lima sebab kenapa Juventus bakal muncul juara UCL, mengenepikan Atletico Madrid dalam perlawanan akhir nanti.

Fokus dan Motivasi

Juventus kini berada di tangga teratas Serie A dengan 84 mata dari pada 34 perlawanan. Dengan baki empat perlawanan lagi, Bianconeri mempunyai kelebihan sembilan mata berbanding pasukan di tangga kedua, AS Roma. Mereka juga bakal bertemu Lazio dalam perlawanan akhir Coppa Italia.

Dengan kata lain, Juventus tidak mempunyai tekanan lagi dalam pertandingan domestik, dan cukup berbeza dengan lawan-lawannya.

Monaco bersaing sengit dengan PSG untuk kejuaraan Ligue 1, manakala Real Madrid seperti biasa bertarung dengan Barcelona untuk kejuaraan La Liga. Bosan.

Takhta Serie A sudah hampir pasti dalam genggaman, kekuatan di atas kertas pula bakal membawa Coppa Italia ke Turin maka sasaran berikutnya pastilah UCL sekaligus memberikan gelaran trebel.

Hanya ada beberapa kelab yang pernah memenangi trebel, antaranya ialah Manchester United, Barcelona, Bayern Munich dan Kedah.

Lagipun, kapten merangkap lagenda kelab, Gigi Buffon masih belum mampu menjamah piala UCL, meskipun sudah berada di Juventus selama 17 tahun. Harap-harap tahun ni berjaya lah.

Pasukan yang Seimbang

Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini – dua pertahanan kelas dunia di hadapan penjaga gol tampan, Buffon, buat Juventus. Dani Alves dan Alex Sandro pula mengapit Bonucci dan Chiellini, dan cukup cemerlang membantu serangan dan juga bertahana.

Andrea Barzagli bersama Juan Cuadrado sentiasa sedia dipanggil bila-bila masa oleh Allegri bilamana dia mahukan perubahan sistem dan taktikal.

Di bahagian tengah pula Juventus mempunyai Miralem Pjanic dan Sami Khedira, di samping penyerang bertahan Mario Mandzukic. Penjaga gol lawan pula perlu berhadapan dengan Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain – seorang lincah dan seorang lagi cukup tajam di hadapan gol.

Faktor Massimiliano Allegri

Allegri mula mengambil alih jawatan ketua jurulatih Juventus daripada Antonio Conte pada musim panas 2014 dan berdepan tugas berat meneruskan kecemerlangan Bianconeri.

Walaubagaimanapun, Allegri dengan bersahaja membawa kejuaraan Serie A setiap musim ke kota Turin!

Kekalahan kepada Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara pada musim 2014-15 telah sedikit mencacatkan sedikit kegembiraan Allegri dan Juventus namun pada musim ini, segalanya tampak berjalan lancar.

Perubahan taktikal semasa permain sering dilakukan oleh Allegri, contohnya dia menggunakan empat pertahanan ketika menentang Barcelona, dan menggunakan tiga sahaja ketika berdepan Monaco dan ini akan menjadi kunci utama untuk menyekat Monaco dalam separuh akhir kedua nanti, selain menewaskan Atletico dalam perlawanan akhir.

Penyerang yang Tajam

Duo dari Argentina – Gonzalo Higuain dan Paulo DYbala mungkin tidak selaju dan selincah Cristiano Ronaldo atau Leo Messi atau R. Gopinathan, namun dengan ruang yang sedikit dalam kotak penalti lawan, gol pasti akan menjelma.

Higuain telah menjaringkan 23 gol dalam Serie A musim ini, manakala Dybala menjaringkan sembilan dan jumlah kedua-duanya adalah hampir separuh daripada jumlah keseluruhan gol Juventus dalam Serie A.

Separuh lagi? Datang daripada kesemua pemain kecuali Buffon.

Apa yang penting, Dybala dan Higuain adalah pemain yang cukup menyerlah dalam perlawanan besar di mana Dybala dan Higuain masing-masing menjaringkan dua gol ketika menentang Barcelona dan Monaco.

Benteng Pertahanan Bagaikan Tembok Besar China

Juventus mempunyai barisan pertahanan yang paling kejam di antara keempat-empat pasukan yang bermain di separuh akhir ni. Dalam 11 perlawanan, Juventus berjaya mengekalkan 9 clean sheet dengan Lyon dan Sevilla sahaja yang berjaya menjaringkan satu gol.

Sejak November 2016, pasukan Itali ini telah merekodkan 6 clean sheet berturut-turut dan melepaskan secara puratanya 0.18 gol untuk setiap perlawanan, berbanding 0.73 gol dilepaskan Atletico, 1.36 oleh Real Madrid dan 1.64 oleh AS Monaco.

Ini adalah gambar Bonucci dan Chiellini, bukan tembok besar China.

Meskipun sekadar menjaringkan 19 gol dari peringkat kumpulan sehingga separuh akhir, kekebalan barisan pertahanan mereka telah menyekat Leo Messi, Neymar dan Suarez daripada menjaringkan gol.

Tak hebat lagi ke macam tu?

Senang cerita, kalau engkorang kaki judi, letak duit untuk Juventus je. Tak payah letak duit untuk pasukan lain.

Sumber artikel : Sportskeeda