The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

5 Perkara Yang Membuatkan Penyokong Liverpool Tenang Menanti Perlawanan Menentang Manchester United

Encik Bakri pada October 17, 2016

Perlawanan Liverpool menentang Manchester United merupakan perlawanan yang dinanti-nanti oleh seluruh peminat bolasepak terutamanya penyokong kedua-dua pasukan.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan ini tidak pernah menghampakan, jalan ceritanya sentiasa menarik, punchline di mana-mana dan aksinya menghiburkan. Nora suka sangat! Nora bagi 5 bintang!

nora

Selepas zaman Alex Ferguson dominasi United semakin malap dan hambar, berbeza dengan dengan kehadiran Klopp di Liverpool di mana kehadiran dan revolusi yang dilakukan beliau dilihat mampu memberi sinaran kepada Liverpool tanpa perlu bersandar kepada kenangan lagi.

Jika anda penyokong Liverpool 5 perkara ini akan membuatkan anda tenang dan riang menanti perlawanan Liverpool menentang Manchester United.

Liverpool Melakukan Larian Terbanyak

jordan-henderson-v-paul-pogba-the-key-battle-when-liverpool-host-manchester-united-football-news-sky-sports

Liverpool merupakan pasukan yang melakukan larian terbanyak di padang iaitu 815km untuk musim ini berbanding Manchester United yang hanya meliputi 736km sahaja. Ini menjadikan Liverpool pasukan yang mempunyai statistik terbaik dalam ‘distance covered’ dan Manchester United berada di kedudukan antara yang tercorot.

Liverpool Mencipta Peluang Gol Terbanyak

jordan-henderson-v-paul-pogba-the-key-battle-when-liverpool-host-manchester-united-football-news-sky-sports2

Setakat 7 perlawanan musim ini, Liverpool telah melakukan 112 peluang gol. Enam peluang lebih banyak dari Chelsea dan Spurs serta tujuh peluang lebih banyak berbanding Manchester City dan semua pasukan ini bermain lebih satu perlawanan.

Peluang gol yang dicipta Manchester United setakat ini kurang 28 berbanding Liverpool. Liverpool sekali lagi berada di atas dan United di tangga ke-9. Pada perlawanan ini akan dapat dilihat pertarungan antara Pogba dan Henderson dalam mencipta peluang.

Skuad Manchester United Bernilai Dua Kali Ganda berbanding Liverpool

pendapatan-mino-raiola-untuk-perpindahan-musim-panas-mengatasi-gaji-tahunan-ronaldo.fw

Nilai skuad Liverpool adalah £310 juta tidak sampai separuh dari nilai skuad Manchester United iaitu £628 juta. Peminat United boleh berbangga ke tidak dengan fakta ini? Atau jika tewas peminat Liverpool boleh menggunakan fakta ini sebagai satu alasan?

Rekod The Normal One vs The Special One

Gambar : http://www.skysports.com/football/news/11095/10606569/jurgen-klopp-v-jose-mourinho-liverpool-and-manchester-united-managers-head-to-head-records
Gambar : Sky Sports

Pasukan bimbingan Klopp hanya tewas sekali dalam 5 pertemuan menentang pasukan yang dibimbing Mourinho. Untuk rekod dalam 5 pertemuan Klopp mencatatkan 3 kemenangan, 1 kalah dan 1 seri. The Special One terus menjadi normal apabila menentang The Normal One.

Pemain Liverpool Merupakan Tunjang Utama Pasukan England

Pada EURO 2016 Liverpool memintas Manchester United untuk muncul sebagai pasukan yang paling banyak membekalkan pemain kepada pasukan England dalam kejohanan utama. Hanya membezakan seorang pemain sahaja. Liverpool membekalkan 63 orang pemain dan United 62.

5-facts-liverpool-fans-will-definitely-enjoy-ahead-of-the-man-united-showdown-mirror-online

Jika dilihat kepada prestasi England di Euro 2016 maka tidak hairanlah kenapa aksi England begitu hambar.

Sumber : Mirror


Download aplikasi The Sukan di Google Play