5 Pemain Kidal Yang Boleh Mewarisi Arjen Robben

Eikrem oleh Eikrem 2 bulan yang lalu

Seperti yang diketahui kebanyakan peminat bola sepak, Arjen Robben sudah pun mengumumkan persaraannya daripada mewakili pasukan kebangsaan Belanda pada usia 33 tahun. Robben pun tidaklah semakin muda, dan detik persaraannya daripada sukan nombor satu dunia ini juga semakin lama semakin hampir.

Tiba sahaja detik itu nanti, pasti kita akan merindui gerakan-gerakan pemain lincah ini cut inside dan shoot. Antara mangsa Robben melalui gerakan ini ialah Arsenal, dalam perlawanan Liga Juara-juara musim lalu.

Setiap raja pasti ada pewarisnya. Begitu juga Arjen Robben.

Saban tahun kita diperkenalkan dengan kemunculan pemain-pemain muda yang berbakat. Daripada ribuan pemain tersebut, pasti ada pemain kidal yang berpotensi untuk mengambil alih tempat Robben suatu hari nanti.

Jadi, selaku pengadu domba bola sepak nombor satu di Malaysia, kami senaraikan lima pemain yang berpotensi untuk menjadi pengganti Robben.

Mikel Oyarzabal (Real Sociedad & Sepanyol)

Mungkin ramai yang tidak kenal pemain yang digelar sebagai 'bigfoot' ini. Ye lah, engkorang kan kaki EPL, sokong pasukan mendap pula tu. Jadi sah-sah lah engkorang tak kenal pemain La Liga selain Ronaldinho kan.

Oyarzabal merupakan produk akademi Real Sociedad, sama seperti Antoine Griezmann. Antara kelebihan pemain ini selain memakai kasut saiz 10 ialah dia mempuyai pecutan jarak dekat yang sungguh mengkagumkan dan mampu untuk meggelecek dengan laju ketika berlari, malah keupayaannya untuk membaca perlawanan boleh dianggap bagus memandangkan usianya baru sahaja mencecah angka 20 tahun.

Karakter ini juga ada dalam diri admin The Sukan ketika beraksi di padang.

Dia juga memegang rekod pemain ketiga termuda melakukan debut buat pasukan Sepanyol, iaitu ketika berusia 19 tahun, ketika dalam perlawanan menentang Switzerland pada tahun lalu.

Pada musim lalu dia telah berjaya mendaftarkan tujuh assist dalam La Liga. Dia mungkin tidak sepantas Nazrin Nawi namun kemampuannya membaca perlawanan menjadikan dia satu tahap lebih hebat daripada rakan seusianya.

Pada musim ini, Mikel sudah berjaya menjaringkan tiga gol dan satu assist dalam empat perlawanan buat La Real musim ini.

Nilai tebusan pemain ini dikatakan sekitar €40 juta dan jika pemain ini berjaya menembusi barisan utama Sepanyol dalam Piala Dunia tahun hadapan, nilai tersebut pasti akan meningkat lebih tinggi.

Mana tahu nanti musim depan dia sertai Arsenal dan membentuk gandingan GOL - Giroud, Oyarzabal dan Lacazette. Lagipun Arsenal sudah bertambah kuat selepas menjual wonderkid mereka, Oxlade-Chamberlain tempoh hari.

Leon Bailey (Bayer Leverkusen & Jamaica)

Leon Bailey baru sahaja berusia 20 tahun, namun dia telah menunjukkan bahawa dia mempunyai bakat untuk menjadi bintang di masa hadapan.

Pemain muda ini memulakan karier bola sepak di eropah bersama kelab Belgium, KRC Genk dan dia cukup disangjung tinggi di negaranya. Bagaimana orang Malaysia excited dengan Nazmi Faiz dulu, macam tu lah orang Jamaia rasa sekarang ni.

Malah Bailey juga diangkat sebagai Usain Bolt bola sepak di Jamaica.

Aset Bailey ialah hantaran lintang yang tepat dan mempunyai visi yang bagus dalam menjaringkan gol. Lagi pula, dia mampu untuk bermain di kedua-dua belah sayap.

Seperti kebanyakan pemain sayap lain, dia bukanlah pemain yang paling tinggi atau sado, namun ketangkasan dan kuasa pecutannya yang tinggi cukup menggerunkan pihak lawan.

Aspek hantaran bola pemain ini masih perlu diperbaiki tetapi tenaga kinetik yang terhasil daripada rembatan kaki kirinya telah banyak kali mengecewakan pihak lawan.

Bailey pernah mewakili Jamaica B-23 pada tahun 2015, sebelum memboikot pasukan kebangsaan negara Caribbean tersebut kerana kualiti bola sepak yang kurang bagus.

Kalau prestasi Bailey semakin bagus, tidak mustahil dia akan menukar kerakyatan dan mewakili Jerman pada masa depan.

Samu Castillejo (Villarreal & Sepanyol)

Walaupun engkorang merupakan peminat La Liga, engkorang mesti tak kenal Samu ni. Ye lah, engkorang layan Barcelona je, tak layan game lain. Tapi bukan minat tak minat La Liga yang ingin diceritakan di sini.

Castillejo digelar El Fideo (Si Mee) kerana badannya yang keding dan mampu mengeluarkan diri tatkala terperangkap di ruang yang sempit.

Produk akademi Malaga ini telah lama menjadi perhatian dan dia pernah dibandingkan dengan Angel di Maria apabila dia mula menjejakkan kaki ke La Liga pada tahun 2014.

Ini kerana gaya permainannya sangat mirip di Maria di mana dia tidaklah selaju Usain Bolt atau Justin Bieber, tetapi keupayaannya untuk memecut ketika menggelecek dan melakukan hantaran lintang yang bagus membuatkan namanya dikenali di Sepanyol.

Selain di bahagian kedua-dua belah sayap, dia juga boleh diturunkan di bahagian tengah padang.

Prestasinya sedikit tenggelam pada musim lalu, sebagaimana tenggelamnya kapal Van Der Wick, namun dia berjaya menebus kekecewaan dengan persembahan yang memukau.

Jika Castillejo sering mendapat peluang minit permainan, tidak sukar untuk melihat dia akan terbang ke Russia musim depan untuk membawa panji Sepanyol.

Leroy Sané (Manchester City & Jerman)

Sane cukup dikenali oleh peminat Liga Perdana Inggeris, terutamanya penyokong Liverpool. Apa tidaknya, dia muncul sebagai watak utama membedil barisan The Reds ketika pertemuan antara pasukan tersebut menentang Manchester City tempoh hari.

Tapi, yang dah lepas tu lepas lah. Kita cerita pasal Sane je.

Sane ni boleh dikatakan sebagai pemain yang paling paling seronok untuk ditonton selepas dia mula melakukan debut buat Schalke 04. Ayahandanya merupakan bekas pemain Senegal, Souleymane Sane. Jadi, genetik bola sepak memang sudah ada dalam dirinya.

Kemampuan utama pemain ini ialah gelecekan yang cukup pantas dan sering memerangkap pihak lawan dan dia sering diturunkan di mana-mana bahagian sayap. Selain itu, dia juga mempunyai rekod jaringan yang bagus dan sangat kuat secara fizikalnya.

Dek kehebatannya jugalah telah melembutkan hati Pep Guardiola untuk memujuk pemilik Manchester City membelanjakan £37 juta untuk membawanya ke Ettihad.

Setakat ini dia telah melakukan enam penampilan buat pasukan kebangsaan Jerman. Dengan prestasi yang cemerlang secara konsisten. Sane berkemungkinan besar bakal dibawa ke Russia oleh Low pada tahun depan.

Marco Asencio (Real Madrid & Sepanyol)

Marco Asencio kini merupakan anak emas bola sepak Sepanyol dan dia dijangka bakal menjadi pemenang Ballon d'Or di masa hadapan.

Bermula di akademi Mallorca, Asencio digilap dengan teliti oleh Zinedine Zidane sehingga menyebabkan pemain Wales, Gareth Bale yang selalu cedera sering disisihkan daripada barisan utama Real Madrid.

Menariknya berkenaan Asencio, dia telah menjaringkan gol dalam setiap debut-nya, sama ada La Liga, Liga Juara-juara malah menjaringkan gol dalam debut bersama Sepanyol.

https://www.youtube.com/watch?v=Fq1BDR4NzJ8

Dia mempunyi kaki yang pantas, fizikal yang gagah dan mempunyai kebolehan menghantar bola dengan tepat, selain mampu menjaringkan gol dari jarak jauh.

Disebabkan kualiti yang ada pada dirinya pemain ini digelar Safawi Rashid Sepanyol oleh media Sepanyol.

Asencio juga boleh diturunkan di pelbagai posisi - kedua-dua belah sayap, di belakang penyerang dan ciri-ciri versatil untuk cukup untuk menjadikannya sebagai aset utama Zinedine Zidane.

Berusia 21 tahun, Asencio mempunyai masa depan yang cukup cerah dan jika dia mempunyai mentaliti seperti Leo Messi atau Cristiano Ronaldo, pasti dia akan menggegar dunia.

Yang penting, jangan datang ke Liga Malaysia.

Artikel diterjemah dan diolah dari : Sportskeeda




Paparkan Komen