5 Pasukan Terkenal Yang Gagal ke Piala Dunia

The Sukan oleh The Sukan 1 minggu yang lalu

Setiap pemain bolasepak pastinya mengimpikan untuk mewakili negara mereka beraksi dalam pentas akhir Piala Dunia. Kejohanan yang dianjurkan setiap 4 tahun ini ditonton jutaan peminat dan selalu mencatat tontonan tinggi seluruh dunia.

Tetapi untuk melayakkan diri bermain di pentas tertinggi dunia ini memerlukan setiap negara mengharungi pusingan kelayakan yang panjang dan mencabar. Lain benua lain cabarannya.

Benua Amerika Selatan dianggap benua paling mencabar kerana kualiti pasukan disitu agak tinggi dan slot yang diperuntukkan untuk benua tersebut agak sedikit berbanding benua Eropah.

Sejak Piala Dunia diperkenalkan pada tahun 1930, banyak negara telah mendapat peluang untuk beraksi dalam kejohanan ini. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi negara yang tidak pernah melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia selepas gagal menempuh pusingan kelayakan.

Contoh paling dekat adalah Malaysia sendiri, negara kita yang tercinta. Pentas bolasepak tertinggi yang Malaysia pernah sertai adalah pentas Olimpik pada tahun 1972 dan 1980.

Untuk melayakkan diri ke pusingan akhir bukan satu tugas yang mudah. Mungkin pada awal penganjuran Piala Dunia dulu kelayakan agak mudah keranan bilangan negara yang mengambil bahagian agak sedikit.

Tetapi sekarang, hampir setiap negara atas Bumi ini mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan untuk beraksi di Piala Dunia.


Gambar - AFP

Lihat sahaja apa yang berlaku pada Belanda dan Argentina pada waktu ini. Argentina yang diwakili pemain terbaik dunia, Lionel Messi masih lagi bergelut dengan prestasi dan berdepan kemungkinan gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kali sejak tahun 1970.

Belanda pula lagi teruk. Selepas gagal melayakkan diri ke EURO' 2016, mereka hampir pasti akan terlepas satu lagi kejohanan besar tahun hadapan yang bakal berlangsung di Russia. Hanya keajaiban sahaja boleh menyelamatkan Belanda dari tersingkir.

Artikel ini akan menyenaraikan beberapa pasukan ternama sepanjang zaman yang dianggap pilihan untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia tetapi gagal melakukannya.

1. England (1974)

Tahun 70-an merupakan zaman gelap bagi England. Bermula 1970 sehingga 1980, England gagal untuk melayakkan diri beraksi di semua kejohanan besar. ]Paling mengecewakan adalah mereka gagal untuk beraksi di Piala Dunia pada edisi 1974 yang dianjurkan jiran mereka, Jerman Barat.

Memerlukan kemenangan pada aksi terakhir kelayakan untuk memastikan kelayakan ke Piala Dunia, England sekadar seri 1-1 dengan Poland dalam perlawanan yang diadakan di London, England.

Gambar - England Football Online

Sebelum perlawanan, pemain England ketika itu, Brian Clough melabel penjaga gol Poland, Jan Tomaszewki sebagai seorang 'badut'.

'Badut' ini muncul wira Poland dengan aksi memukau untuk mengikat England di tempat mereka sendiri dan menutup mulut mereka yang mengutuk beliau.

2. Belanda (1986)

Piala Dunia 1986 merupakan kejohanan dimana legenda bolasepak dunia, Diego Maradona mencipta nama. Maradona menjaringkan gol yang digelar 'Hand of God' ketika bertemu England dan sampai saat ini, dosa beliau kepada rakyat England masih belum boleh dimaafkan.

Tetapi kejohanan ini mungkin hilang sedikit serinya tanpa kehadiran Belanda. Belanda ketika itu dibarisi beberapa bintang terbaik dunia termasuklah Marco Van Basten, Frank Rijkaard, dan Ruud Gullit.

Gambar - Pinterest

Selepas muncul naib juara pada Piala Dunia 1978, satu generasi 'emas' muncul dengan misi membantu Belanda memenagi Piala Dunia buat kali pertama.

Walaubagaimanapun, impian mereka untuk layak ke pusingan akhir berkecai selepas tewas dalam play-off kepada jiran mereka, Belgium hasil jaringan tempat lawan yang memihak kepada Belgium.

3. Portugal (1998)

Pasukan Portugal ketika itu digelar sebagai generasi 'emas' dengan bintang berkelas dunia seperti Luis Figo, Rui Costa dan Joao Pinto membarisi pasukan kebangsaan. Pasukan ini diramal bakal memberikan impak yang lebih besar dari pasukan yang diketuai Eusebio dan Mario Coluna pada Piala Dunia 1966.

Walaubagaimanapun, mereka kecundang lantaran harapan menggunung yang disandarkan rakyat Portugal kepada mereka. Seperti edisi 1990 dan 1994, mereka sekali lagi gagal melayakkan diri ke pentas akhir Piala Dunia yang diadakan di Perancis pada tahun tersebut.

Gambar - Getty Images

Mereka hanya sekadar menghuni tangga ke-3 kumpulan, di belakang Jerman dan Ukraine. Dalam perlawanan penentuan menentang Jerman, Portugal hanya mampu seri selepas pemain utama mereka, Rui Costa dilayangkan kad merah yang penuh kontroversi.

4. England (1994)

Walaupun kempen EURO' 1992 berakhir dengan penuh kekecewaan, pengurus mereka ketika itu, Graham taylor masih diberikan kepercayaan untuk mengemudi pasukan England bagi kelayakan Piala Dunia 1994 di USA.

Naib mereka bertambah buruk selepas pasukan England gagal untuk melayakkan diri ke Piala Dunia selepas tewas di tempat lawan kepada Norway dan Belanda dalam pusingan kelayakan.

Gambar - Getty Images

Apa yang lebih memalukan adalah mereka membenarkan San Marino menjaringkan gol selepas 7 saat perlawanan bermula.

5. Belanda (2002)

Walaupun memiliki ramai pemain berkelas dunia seperti Edgar Davids, Clarence Seedorf, Ruud Van Nistelrooy, Marc Overmars dan Jaap Stam, pasukan bimbingan Louis Van Gaal hanya mampu mengakhiri pusingan kelayakan di tangga ke-3 kumpulan mereka di belakang Portugal dan Republik Ireland.

Gambar - Goal.com

Skuad 'Oranje' tewas 1-0 kepada Republik Ireland di Dublin dalam perlawanan penentuan, sekali gus mengakhiri kempen kelayakan Piala Dunia mereka dengan penuh kekecewaan.

Penulis

Artikel ini ditulis oleh Izzuddin Ismail untuk disiarkan di thesukan.com




Paparkan Komen