5 Langkah Persediaan Untuk Leicester Tewaskan Atletico Madrid

Eikrem oleh Eikrem 4 bulan yang lalu

Leicester City sekali lagi mengenepikan segala keraguan orang ramai apabila layak ke suku akhir Liga Juara-juara setelah menewaskan Sevilla bulan lalu. Meskipun tewas perlawanan pertama menentang Atletico Madrid 0-1 di tempat lawan, Leicester masih lagi berpeluang untuk mencipta satu lagi magis dan kali ini di peringkat eropah pula.

Untuk mengekang Atletico yang dibarisi Antoine Griezmann, Koke dan Fernando Torres, Leicester semestinnya memerlukan persediaan yang rapi dan berikut adalah lima langkah persediaan yang mungkin dan wajar diambil oleh kelab Musang-musang ini.

Pastikan Kapten Morgan Cergas

Selepas mengharungi 18 bulan tanpa sebarang kecederaan utama, Leicester kini mula menghadapi masalah yang biasa dihadapi kelab-kelab lain - kecederaan dan penggantungan.

Captain Morgan

Kapten mereka, Wes Morgan tidak bermain sejak menjaringkan gol dalam perlawanan kedua menentang Sevilla kerana diserang sakit belakang, tetapi Robert Huth dan Uohan Benalouane berjaya membentuk gandingan mantap ketika ketiadaan Morgan.

Akan tetapi, untuk perlawanan kedua suku akhir ini, Robert Huth digantung kerana telah mengutip kad kuning yang sia-sia di stadium Vincente Calderon minggu lalu, manakala Benalounae pula tercedera ketika menentang Crystal Palace pada hari Sabtu lalu.

Sekiranya Benaloune masih tidak dapat diturunkan, maka Shakespeare sudah tentu terpaksa meletakkan Daniel Amartey dan Marcin Wasilewski di bahagian pertahanan tengah, melainkan Kapten Morgan berjaya cergas sepenuhnya.

Jangan Bagi Griezmann Main Bola

Dalam perlawanan di Madrid, Griezmann banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Leicester City, terutamanya dalam tempoh 45 minit pertama. Pemain antarabangsa Perancis ini dilihat banyak menentukan tempo dan arah serangan Atletico dari ruang kosong antara pertahanan dan pemain tengah.

https://youtu.be/d0xqhn4WlV4?t=58

Dalam separuh masa kedua, Andy King dimasukkan menggantikan Shinji Okazaki, dan ini memberikan ruang kepada Wilfred Ndidi untuk fokus mengekori Griezmann ke mana sahaja pemain cilik itu pergi dan ternyata taktik ini berjaya menyekat penguasaan bola oleh Atletico.

Jadi, untuk perlawanan kedua malam ini Shakespeare boleh menggunakan taktik yang sama, di samping merencanakan taktik yang akan mampu memberikan gol kepada Leicester. Jamie Vardy, Riyad Mahrez dan Okazaki - tiga tonggak ini bakal memberikan kejutan kepada Atletico.

Pastikan Vardy Bernafsu

Dalam perlawanan pertama di Madrid, Jamie Vardy dilihat jarang menyentuh bola, tambahan pula apabila Okazaki dikeluarkan, Vardy dilihat berseorangan tanpa sokongan rakan-rakan.

Vardy, seperti yang diketahui mempunyai kelajuan yang memukau. Kalau dibandingkan kelajuan Vardy dengan pertahanan Atletico, maka selayaknya Vardy mampu untuk menewaskan mereka dengan larian satu nafas sahaja. Akan tetapi, untuk memastikan Vardy mampu untuk melakukannya, Vardy memerlukan servis yang cukup baik daripada rakan sepasukan.

Jadi tugas penting Andy King, Wilfred Ndidi, Okazaki atau sesiapa sahaja yang bermain malam ini ialah memastikan Vardy digunakan dengan optimum.

Jangan Terlalu Bernafsu

Apabila kau ketinggalan, di peringkat suku akhir kejohanan kelab yang paling berprestij di dunia, kau mesti telalu ghairah dan bernafsu untuk mencari gol. Apabila terlalu ghairah mencari gol, maka satu pasukan akan naik ke atas untuk memberikan tekanan kepada pihak lawan selain mengintai peluang untuk menjaringkan gol.

Andai Leicester mahu menang malam ini, mereka tidak bolehh terlalu bernafsu. Christian 'No Fuchs Given' Fuch perlu lebih berdisiplin dalam membantu serangan dan bertahan, memandangkan Griezman mampu untuk mengubah perlawanan bila-bila masa sahaja.

Lagipun, gol Atletico di Madrid tempoh hari terhasil ketika majoriti pemain Leicester berada di atas, dan larian deras Griezmann berjaya memerangkap Marc Albrighton sekaligus memberikan tendangan penalti kepada Atleti.

Pertukaran Pemain Yang Efektif

Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Leicester cukup efektif bila melibatkan pertukaran pemain simpanan. Jadi, untuk perlawanan pada malam ini, Shakespeare perlu menggunakan pertukaran dengan sefektif mungkin.

https://www.youtube.com/watch?v=68ymmFtCHek

Kemungkinan besar, Demarai Gray, Marc Albrighton, Islam Slimani dan Leorando Ulloa bakal memulakan perlawanan dari bangku simpanan, dan setiap pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing.

Demarai Gray mempunyai kepantasan, Marc Albrighton mempunyai keupayaan untuk membuat hantaran lintang yang berbahaya, Islam Slimani dan Ulloa pula mempunyai fizikal yang kuat untuk mencabar Diego Godin dan Jose Gimenez. Sekiranya semuanya berjalan lancar, tidak mustahil Leicester bakal mencipta satu lagi sejarah dan kejutan terbesar bola sepak eropah.

Sumber artikel : Goal


Share Tweet


Paparkan Komen