5 Kemalangan Mengejutkan Di MotoGP Sepanjang 2019

Share on facebook
Share on twitter

Perlumbaan MotoGP musim 2019 telah lama melabuhkan tirainya dan seperti semua maklum, Marq Marquez terus mendominasi perlumbaan MotoGP apabila terus memegang gelaran juara dunia.

Marc Marquez mengesahkan kejuaraan dunia MotoGP kelapan dalam karier beliau di Buriram, Thailand. Marquez memintas Quartararo di pusingan terakhir untuk menjuarai grand Prix tersebut.

Marquez meraikan kejuaraan beliau dengan gaya unik di atas meja pool dengan memasukkan bola kelapan, simbolik kepada kejuaraan kelapan beliau.

Musim 2019 menyaksikan Marquez memang sangat cemerlang. Hanya sekali beliau menamatkan saingan di luar 2 tempat teratas. Itupun ketika beliau kemalangan ketika perlumbaan di Austin.

Malahan, seteru beliau, Valentino Rossi sudah terlebih awal mengucapkan syabas kepada Marquez dan menganggap pelumba itu sedang mengejar status musim hampir sempurna.

Marquez ternyata berada di kelas beliau tersendiri pada beberapa musim ini berbanding dengan pencabar beliau yang lain.

Pelumba negara Hafizh Syahrin nyata bergelut dengan jentera KTM yang banyak masalah sehingga memberi kesan kepada prestasinya.

Ekoran itu Hafizh Syahrin terpaksa beraksi di Moto2 untuk musim 2020 bersama pasukan baharu, Angel Nieto Team.

Johan Zarco yang cemerlang musim 2018 menerima nasib yang sama dengan El Pescao dan menamatkan kontrak lebih awal sebelum habis musim.

Itulah sedikit sebanyak kisah MotoGP bagi musim lepas. MotoGP melalui laman muka buku rasmi telah memuatkan video rangkuman 2019.

Video tersebut memaparkan 5 kemalangan mengejut yang terjadi di MotoGP musim 2019 dan Marq Maquez juga boleh dianggap juara dalam kemalangan mengerikan.

Namun setiap kali kemalangan beliau akan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

The 5 most shocking crashes of the 2019 season

Watch the 5 most shocking crashes of the 2019 season 😱 πŸ’₯ Thankfully all the riders were ok after these ones! βœ…

Posted by MotoGP on Wednesday, 4 December 2019

5. Marq Marquez melambung sendirian di Malaysia GP.

4. Danillo Petrucci melambung dan menghentam motosikal Fabio Quartararo dengan badannya di Philip Island.

3. Kemalangan paling ngeri melibatkan Marquez di pusingan kelayakan di Thai GP.

2. Fabio Quartararo terjatuh sebelum dihentam Andrea Dovizioso sehingga motosikal terbakar

1. Jorge Lorenzo tergelincir dan menyapu dua pelumba lain termasuk Rossi yang tidak sempat mengelak.

Share on facebook
Share on twitter