5 Fakta Yang Membuktikan Neymar Sukar Dicari Ganti Di Barcelona

Mohd Hazwan oleh Mohd Hazwan 2 minggu yang lalu

Khabar angin yang bertiup kencang mengenai perpindahan Neymar ke Paris Saint German sudah menjadi realiti pada hari jumaat penuh barakah ini. Oleh kerana perkara ini telah berlaku, maka Neymar telah menjadi pemain dengan harga perpindahan yang tertinggi dalam sejarah bola sepak dunia.

Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini. Pabila Kenangan kita mengusik jiwa dan hati.

Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu.

Neymar menyertai Barcelona pada tahun 2013 dan membentuk trio serangan yang paling digeruni oleh pertahanan mana-mana pasukan lain di dunia bersama-sama Lionel Messi dan Luis Suarez.

Adakah penyokong-penyokong Barcelona sudah bersedia untuk kehilangan seorang permata berharga dalam pasukan Barcelona. Mari kita lihat statistik dan fakta mengenai Neymar sepanjang kariernya bersama kelab The Catalan ini yang pasti akan membuat penyokong merinduinya nanti.

Menjaringkan 105 Gol Dalam 186 Perlawanan

Tidak dapat dinafikan bahawa Messi merupakan ayam tambatan pasukan Barcelona sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk membandingkan statistik antara Neymar dan Messi adalah tidak berapa adil.

Neymar telah menjaringkan 105 gol dalam 186 perlawanan untuk Barcelona dengan purata 0.56 gol untuk satu perlawanan.

Sumber: Neymarjr.Net

Musim terbaik Neymar di La Liga ialah pada musim 2014/2015 apabila dia menjaringkan 39 gol dan membantu pasukan Barcelona merangkul kejuaraan treble pada musim tersebut.

Pada musim lepas dia agak bergelut dan cuma mampu menjaringkan 20 gol untuk sepanjang musim. Namun, dia mempunyai jumlah assist yang terbanyak berbanding pemain-pemain lain di La Liga dengan 21 assist.

Pemain Paling Banyak Dikasari Di Eropah

Seperti yang kita sedia maklum, Neymar mempunyai kemahiran menggelecek gaya samba yang sukar diduga oleh pemain-pemain pertahanan lawan.

Sejak berpindah ke Barcelona, dia telah dikasari sebanyak 431 kali dan tiada mana-mana pemain dari 5 liga tertinggi di Eropah yang berjaya memecahkan rekod tersebut.

Sumber: The18.Com

Pemain Paling Banyak Mendapatkan Penalti Untuk Barcelona

Neymar merupakan pemain paling banyak mendapatkan sepakan penalti untuk Barcelona dalam La Liga iaitu sebanyak 15 penalti. Tiada pemain Barcelona lain yang mampu mengatasi rekod tersebut sejak dia berpindah ke Nou Camp.

Untuk rekod dalam La Liga pula, dia merupakan pemain kedua terbanyak mendapatkan sepakan penalti selepas Cristiano Ronaldo dengan 17 penalti.

Neymar Gemar Menjaringkan Gol Di Vicente Calderon

Sejak pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone mengambil alih pasukan ini, Atletico telah berubah menjadi pasukan yang mampu bersaing bagi merebut gelaran La Liga yang sebelum ini dikuasai oleh Barcelona dan Real Madrid.

Sumber: DailyMail

Barisan pertahanan Atletico Madrid sangat kebal dengan pemain-pemain seperti Diego Godin dan penjaga gol Jan Oblak. Pada musim 2015/2016 mereka hanya bolos 18 gol sahaja sepanjang musim.

Namun apabila mereka berdepan trio Messi, Suarez dan Neymar (MSN) di gelanggang keramat sendiri, segalanya jadi serba tidak kena. Secara keseluruhannya Neymar telah menjaringkan 6 gol di Vicente Calderon.

Neymar Jarang Dibelenggu Kecederaan

Sepanjang bersama Barcelona, Neymar mempunyai purata 47 perlawanan untuk satu musim. Prestasi dan tahap kecergasannya berada pada tahap yang terbaik.

Dia hanya terlepas perlawanan disebabkan penggantungan atau berehat berbanding disebabkan kecederaan. Tempoh paling lama dia tidak bermain ialah pada musim 2015/2016 iaitu sebanyak empat perlawanan.

Selain daripada kecederaan ketika Piala Dunia 2014, dia hanya terlepas perlawanan bersama Barcelona disebabkan oleh keletihan otot akibat terlalu kerap bermain.

Hanya Lionel Messi dan Sergio Busquet yang mempunyai jumlah perlawanan lebih daripada Neymar sejak dia tiba di Barcelona.

Di mana kan ku cari ganti. Serupa denganmu?

Sumber: Sportskeeda


Share Tweet


Paparkan Komen