5 Fakta Tentang Isteri Lionel Messi, Antonella Roccuzo

Mohd Hazwan 3 minggu yang lalu

Lionel Messi akhirnya selamat diijabkabulkan dengan calon pilihan hatinya, Antonella Roccuzo pada hari Jumaat lepas dalam upacara yang penuh gilang, gemilang dan terbilang di Rosario, Argentina.

Majlis perkahwinan Messi dan pasangannya dihadiri oleh kira-kira 250 orang tetamu termasuk beberapa orang pemain bola sepak seperti Xavi, Charles Puyol, Cesc Fabregas, Samuel Eto’o, Luis Suarez, Jordi Alba, Sergio Busquets, Javier Mascherano, Sergio Aguero, Ezequiel Lavezzi dan juga Angel Di Maria.

Walaupun baru sahaja berkahwin, Messi dan pasangannya telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Sedikit fakta mengenai isteri Messi iaitu Antonella Roccuzo.

Antonella Kurang Obses Dengan Media Sosial

Antonella tidak terlampau obses dengan media sosial. Akaun instagramnya “@antoroccuzo10” hanya mempunyai 166 ribu pengikut dan mempunyai 138 post sahaja berbanding akaun instagram Lionel Messi yang mempunyai 75 juta pengikut.

Gambar-gambar yang diupload kebanyakannya ialah gambar anak-anak mereka iaitu Thiago dan Matteo. Selain itu ada juga gambar anjing kesayangan mereka.

Kehidupan Yang Jauh Daripada Dunia Glamor

Antonella bijak mengawal kehidupannya daripada pengaruh media berbanding Messi yang selalu mendapat liputan yang meluas.

Walaupun dia sudah mempunyai hubungan dengan Messi sejak bertahun-tahun lamanya, dia lebih suka untuk terus bersikap low profile.

Hanya pada tahun 2009 mula  Messi mendedahkan kepada umum bahawa dia telah mempunyai teman wanita. Berita tersebut telah mengejutkan peminat dan menhancurkan harapan ramai gadis-gadis  yang mempunyai crush terhadap Messi.

Messi Ingin Mengahwininya Sejak Dua Dekad Lalu

Menurut laporan majalah Sport English, Messi telah jatuh cinta dengan Antonella sejak berusia 9 tahun lagi. Bermula daripada cinta monyet zaman sekolah sehinggalah kepada cinta yang sejati.

Teman sejak dari zaman kanak-kanak Messi ini menyedarinya dan berharap Messi akan membuktikannya satu hari nanti.

Penantian Antonella selama 20 tahun berakhir apabila Messi mendedahkan kepada umum bahawa dia adalah teman wanita Messi pada tahun 2009 dan merancang untuk berkahwin pada tahun 2017.

Beauty With Brain

Pemain-pemain bola sepak dunia seringkali dikaitkan dengan model-model cantik. Messi juga tidak pernah terkecuali apabila digosipkan dengan model Luciana Salazar.

Antonella juga tidak terkecuali. Dia pernah menjadi model separuh masa untuk mengumpul wang tambahan ketika sedang belajar dalam bidang dietetik sebelum berpindah ke Barcelona untuk hidup bersama-sama Messi.

Dia sering dipuji oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang bijak, tenang dan sedap mata memandang.

Dia Mengenali Messi Sejak Kecil Lagi

Messi dan Antonella membesar bersama-sama di Rosario, Argentina. Mereka mula berkenalan seawal Messi berusia 5 tahun dan mula rapat sejak sekolah rendah lagi.

Antonella juga merupakan sepupu kepada seorang kawan baik Messi iaitu Lucas Scaglia. Antonella satu tahun lebih muda daripada Lionel Messi.