5 Fakta Pelik Lagenda Bola Sepak Dunia

Eikrem 4 bulan yang lalu

Bola sepak dunia sering dihiasi dengan bakat-bakat hebat sehinggakan mereka diangkat sebagai lagenda. Pele, Luis Figo, Zinedine Zidane, Paolo Maldini dan ramai lagi lagenda yang layak dijadikan idola oleh generasi berikutnya. Kisah-kisah kejayaan mereka sering dikongsi dan dijadikan panduan oleh pemain-pemain yang hadir kemudian.

Namun, di sebalik kisah-kisah kejayaan mereka, ada juga kisah pelik yang berlaku dan dilakukan oleh lagenda-lagenda yang bakal disebutkan ini.

Garrincha

Zico, Romario, Ronaldo, Ronaldinho, Kaka dan Neymar adalah senarai beberapa pemain Brazil yang pernah menggeemparkan dunia bola sepak dulu dan kini. Selain daripada nama di atas, Garrincha juga boleh dikatakan sebagai seorang lagenda.

Manuel Francisco dos Santos nama diberi, Garrincha merupakan seorang pemain sayap yang skil, malah dia dianggap sebagai penggelecek bola terhebat di zamannya.

Meskipun dilahirkan kurang sempurna akibat polio dan kurang zat di mana salah satu kakinya adalah 6cm lebih pendek daripada sebelah lagi, Garrincha mengenepikan segala cabaran untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.

Disebabkan kegemilangannya, Garrincha menjadi seorang kaki botol dan kaki perempuan. Tak terkira berapa banyak rumah urut yang Garrincha telah kunjungi termasuklah rumah urut di dataran Mentari.

Namun, fakta pelik mengenai pemain ini ialah – dia hilang terunanya kepada seekor kambing ketika berusia 14 tahun, ketika dia sedang mabuk.

George Best

Tidak ramai pemain dari Ireland Utara yang boleh digelar lagenda, namun George Best adalah satu nama yang cukup gah suatu masa dahulu.  Bermain di posisi sayap di Manchester United, Best juga dikenali sebagai simbol seks dan peminum arak yang tegar.

Ada satu ketika pada Oktober 1971, pihak polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai seorang anggota kumpulan pengganas Tentera Republik Ireland (IRA) mendakwa dia akan menembak Best di Stadium St. James Park, dalam pertemuan antara Newcastle United menentang Manchester United.

Best diberi peluang oleh pihak polis untuk menarik diri daripada perlawanan tersebut, namun disebabkan keinginan yang tinggi untuk menaikkan lagi sahamnya, Best memilih untuk bermain.

Dalam perlawanan tersebut, Best sentiasa bergerak dan berlari sekuat hati dengan jangkaan objek yang laju sukar untuk ditembak. Best terselamat daripada sebarang serangan dan dia akui dia tidak pernah berlari sebanyak itu dalam satu perlawanan.

Harald Bohr

Harald Bohr merupakan adik kepada tokoh kimia fizikal terkenal, Niels Bohr – budak kelas sains mesti pernah dengar nama ni. Harald bermain bola sepak untuk kelab Akademisk Boldklub di Denmark dan dia juga mewakili negaranya dalam sukan Olimpik musim panas 1908.

Adik beradik Bohr

Selain aktif sebagai pemain bola sepak, Harald turut cemerlang dalam bidang matematik dan teoretikal fizik, di mana dia telah memenangi anugerah Nobel dalam bidang fizik.

Harald bersama abangnya telah menerbitkan banyak jurnal tesis dan tatkala dia perlu membentangkan tesisnya, dia akan menerima ramai audiens – majoritinya adalah peminat bola sepak!

Lev Yashin

Penjaga gol lagenda Soviet ini boleh dikatakan sebagai pemain terbaik sepanjang zaman yang menjaga gawang. Dia pernah memenangi Ballon d’Or dan telah diundi sebagai penjaga gol terbaik abad ke 20 oleh Federasi Sejarah dan Statisk Bola Sepak Antarabangsa.

Yashin juga merupakan seorang perokok tegar. Ketika dia dalam percutian di India sebelum Sukan Olimpik 1956, rokok Yashin telah dicuri oleh seekor gajah! Tak pasti maam mana gajah tu boleh curi rokok Yashin. Mungkin Yashin hisap Surya yang menghasilkan bau yang kuat sampai menarik perhatian gajah.

11 Pemain Kelab Bola Sepak di Congo

Kisah tragik ini mungkin berlaku dalam satu perlawanan yang tidak penting asalnya, apatah lagi nak mendapat perhatian dunia. Bertempat di wilayah Kasai, Rrpublik Demokratik Congo pada tahun 1998, pasukan Basanga turun menentang Bena Tshadi.

Ketika perlawanan berlangsung, secara tiba-tiba kilat menyambar padang lalu menyebabkan 11 pemain Bena Tshadi meninggal dunia. Kejadian kilat menyambar dalam video di atas berlaku di Afrika Selatan.

Apa yang menarik dan peliknya, kesemua 11 pemain Basanga langsung tidak mengalami kecederaan langsung! 30 orang yang hadir untuk menonton perlawanan tersebut mengalami kecederaan dan melecur sebahagian badan, namun selain 11 pemain di padang, tiada kematian direkodkan.

Congo ialah negara di tengah Afrika, di mana ilmu hitam masih lagi diamalkan dan sering dikaitkan dengan sebarang fenomena alam yang pelik. Selain itu, pasukan-pasukan bola sepak juga selalunya mengupah bomoh-bomoh untuk meletakkan tangkal di bahagian tertentu dalam padang seperti di hadapan gol lawan.