5 Carta Cara Meraikan Jaringan Yang Terburuk

Mohammad Safwan 3 bulan yang lalu

Beberapa minggu yang lepas, The Sukan telah mengeluarkan carta terbaik cara meraikan gol. Cara meraikan gol ini sangat penting sebenarnya, tetapi jika tersilap langkah. Cara meraikan gol  tersebut akan menjadi mimpi ngeri kepada pemain yang membuat gaya tersebut atau kepada penonton yang telah melihatnya.

Artikel ini akan memberikan ada 5 carta terburuk cara meraikan gol.

5. Robbie Fowler

Hidu Apa Tu Bang?

Gaya meraikan jaringan ini memang pelik dan agak tidak senonoh. Fowler bagaimana pun memberikan penjelasan kenapa dia membuat gaya ini. Beliau mengatakan gaya itu ditujukan kepada penyokong Everton yang telah menuduhnya mengambil dadah. Kebetulan dia telah menjaringkan gol semasa menentang Everton, maka terjadilah gaya meraikan jaringan yang penuh kontroversi ini.

4. Giorgos Kartidis

Gaya Hitler

Giorgos Kartidis  yang bermain untuk Aek Athens telah diban oleh Persatuan Bola Sepak Greece kerana melakukan gaya meraikan jaringan cara Hitler. Beliau bagaimana pun mengaku tidak bersalah dengan mengatakan beliau tidak tahu itu adalah gaya pemimpin nazi yang kejam bernama Hitler.

3. Troy Deeney

Wek.. Wek.. Wek.. Tak Mandi Pagi

Gaya ini memang menjengkelkan. Seolah-olah pergaduhan mengejek antara budak-budak sekolah rendah. Deeney membuat gaya hidung gajah ini kepada penyokong Birmingham City kerana telah mengejek beliau. Beliau membalas ejekan tersebut dengan gaya ini selepas menjaringkan gol untuk Watford. Mak kau hijau!.. Mak kau hijau!!!

2. Mario Balotelli

Gaya Yang Menghantui Para Hater Beliau

Balotelli membuat aksi ini selepas beliau menjaringkan gol untuk Itali semasa menentang Jerman di peringkat separuh akhir Euro 2012. Gaya ini dengan begitu pantas menjadi troll di dalam dunia bolasepak.  Gambar troll beliau di muat naik dimana-mana sahaja iatu di twitter, Facebook, Tumblr, laman-laman Web Bola Sepak, Mudah.com dan juga Trivago, kenapa perlu bayar lebih?

MasyaAllah.. Kah.. Kah.. Kah

1. Bafetimbi Gomis

Ju-Onn

Gaya ini memang ini memang hodoh tuan-tuan dan puan-puan. Hodoh bukanlah bermakna tidak popular ya. Gaya ini memang telah mengemparkan seluruh alam semesta.  Beliau membuat gaya ini selepas menjaringkan gol untuk Swansea semasa menentang pasukan Manchester United.

JustToonIt Pernah Mengeluar Gambar Troll Ini. Kelihatan Mourinho, Wenger Dan Van Gaal Disitu

Sungguh pedih hati penyokong Manchester United pada waktu ketika itu. Sudahlah bolos dan kalah, disajikan pula dengan aksi yang menyeramkan seperti ini. Esoknya bangun pagi kena menghadap page-page troll yang menggunakan gambar ini untuk mengenakan penyokong Manchester United.

Jadi inilah carta nombor 1 untuk gaya meraikan jaringan gol.  Tahniah Gomis.

Disclaimer: Carta ini adalah pilihan peribadi penulis sahaja.  Jika tidak  berkenan, anda boleh membuat pilihan sendiri.