48 Pasukan ke Piala Dunia, Layakkah Malaysia?

Eikrem 2 minggu yang lalu

Piala Dunia merupakan acara yang paling berprestij di seluruh dunia, malah tidak melampau jika dikatakan Piala Dunia lebih popular daripada Sukan Olimpik, Piala AFC dan Piala Malaysia. Sejak edisi pertama pada 1930 di Uruguay dengan hanya 13 pasukan, acara ini telah berkembang sehingga 32 pasukan bertarung demi merebut piala teragung di dunia.

Berikut adalah ringkasan edisi, tuan rumah dan jumlah pasukan yang bertanding sepanjang 20 kempen Piala Dunia yang lalu.

Tahun Tuan Rumah Juara Jumlah Pasukan Bertanding
1930 Uruguay Uruguay 13
1934 Itali Itali 16
1938 Perancis Itali 16/15 [1]
1950 Brazil Uruguay 16/13 [2]
1954 Switzerland Jerman Barat 16
1958 Sweden Brazil 16
1962 Chile Brazil 16
1966 England England 16
1970 Mexico Brazil 16
1974 Jerman Barat Jerman Barat 16
1978 Argentina Argentina 16
1982 Sepanyol Itali 24
1986 Mexico Argentina 24
1990 Itali Jerman Barat 24
1994 Amerika Syarikat Brazil 24
1998 Perancis Perancis 32
2002 Jepun & Korea Brazil 32
2006 Jerman Itali 32
2010 Afrika Selatan Sepanyol 32
2014 Brazil Jerman 32
2018 Russia Malaysia 32

Namun segalanya akan berubah pada tahun 2026 apabila presiden FIFA, Gianni Infantino, dalam satu pengumuman bahawa cadangannya untuk menambah jumlah pasukan kepada 48 pasukan diterima sebulat suara oleh exco FIFA. Menurut InfanAimanTino, penyertaan 48 pasukan ini bakal memberikan laluan kepada negara-negara kerdil dalam bola sepak seperti Sri Lanka, Palau dan Papua New Gunea peluang untuk menyertai piala berprestij itu.

Setakat ini masih tiada kenyataan berkenaan jumlah penyertaan dari setiap konfederasi benua untuk edisi 20026 ini.

Mengikut praktis hari ini, sebanyak 32 pasukan yang bertanding dibahagikan kepada lapan kumpulan mengandungi empat pasukan, dan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati, suku akhir dan berikutnya. Jumlah perlawanan yang perlu dihadapi oleh pasukan yang bermain di final adalah tujuh perlawanan, dan jumlah perlawanan secara totalnya ialah 64.

Namun dengan penyertaan 48 pasukan, jumlah perlawanan meningkat kepada 80 perlawanan dan bakal mengambil masa selama sebulan tepat, berbanding tiga minggu ketika ini. Akan tetapi, bagi pasukan yang beraksi di final, jumlah perlawanan masih tujuh dan begini ceritanya.

48 pasukan akan dibahagikan kepada 16 kumpulan yang mengandungi 3 pasukan, dan dua pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati 32 pasukan, dan seterusnya.

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, gambaran atur perlawanan adalah seperti di bawah.

Jadi, untuk menganjurkan 80 perlawanan dalam masa sebulan pastinya memerlukan stadium dan fasilliti yang mencukupi dari pihak tuan rumah dan antara negara-negara yang dikirakan layak untuk mendapat hak penganjuran ini ialah seperti Amerika Syarikat, Jerman, China, Sepanyol, Mexico, Johor, dan juga Argentina. Selain besar, negara-negara ini juga merupakan negara bola sepak dan mempunyai fasiliti yang boleh dibanggakan.

Selain daripada memberikan peluang kepada pasukan kecil bertanding di Piala Dunia, FIFA sebenarnya bakal menjana pendapatan tambahan sebanyak £521 daripada £4.8 billion sekarang! Banyak bukan?

Bagi Malaysia, slot ke Piala Dunia 2026 seharusnya mampu digapai memandangkan usia para pemain muda hari ini terutamanya pelajar NFDP pada tahun tersebut sudah mencapai usia matang dalam bola sepak, tambahan pula mereka bakal diperkuatkan pemain veteran seperti Nazirul Naim, Faiz Subri dan S. Veenod dan pasukan bertambah kuat jika dilatih lagenda Fakri Saarani (Iniesta Malaysia).

Tapi, kalau tak layak juga, rakyat Malaysia, diketuai Datuk Seri Jamal Yunos akan menghantar satu memorandum kepada FIFA untuk menaikkan jumlah pasukan kepada 200. Ini semua akan dilakukan demi memastikan Malaysia bermain di Piala Dunia.

Nota :

1- Pasukan Austria menarik diri, Wikipedia

2- Pasukan India dan Perancis menarik diri, Wikipedia