44 Tahun Kisah Luar Biasa Seorang Pengurus Bola Sepak – Guy Roux

Syafiq Freman 7 bulan yang lalu

Apabila Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraan di Old Trafford pada Mei 2013, terdapat kebimbangan besar di kalangan peminat Manchester United tentang bagaimana kelab itu akan mengendalikan peralihan tersebut. Ketika itu Ferguson telah menguruskan United sejak 1986 iaitu selama 27 tahun. Ferguson juga berjaya membawa 13 kejuaraan liga, lima Piala FA dan dua kejuaraan Liga Juara-Juara.

Atuk Alex berjaya menguruskan Manchester United untuk tempoh yang begitu lama, 27 Tahun.

Pengurus Yang Kurang Dikenali

Gambar oleh Gentside Sport

Guy Roux, seorang pengurus bola sepak yang menguruskan sebuah pasukan profesional selama 44 tahun di Perancis tanpa menghadapi sebarang ancaman dipecat. Beliau kurang dikenali dunia namun legasi yang ditinggalkannya akan kekal diingati di Perancis.

Sebagai komparasi, Guy Roux telah menguruskan Auxerre 17 tahun menjangkaui kepoweran Sir Alex Ferguson.

Menjadi Seorang Pengurus

Pada tahun 1961, Roux mendapati dirinya tidak mendapat nasib yang begitu baik sebagai seorang pemain bola sepak. Memandangkan beliau begitu cintakan sukan bolasepak, Roux akhirnya berusaha untuk menjadi seorang pengurus/jurulatih bola sepak.

Roux akhirnya menawarkan dirinya sebagai pengurus untuk pasukan yang beliau sertai sebelum ini ketika umurnya 16 tahun. Umur ini adalah ibarat tingkatan 4 di sekolah menengah di Malaysia.

Memandangkan beliau tidak mempunyai pengalaman kejurulatihan bola sepak, Roux hanya meminta jumlah gaji yang amat kecil.

Akhirnya pada umur 22 tahun, Roux berjaya menjadi seorang pengurus bola sepak (dalam masa yang sama turut sebagai seorang pemain). Pada ketika itu kelab berkenaan hanyalah kelab amatur dan bermain di devisyen ke-5 di perancis. Divisyen ini banyak disertai kelab-kelab kampung dan pekan-pekan kecil di Perancis hinggalah ke hari ini.

Dan kelab berkenaan kini dikenali diseluruh dunia dengan nama AJ Auxerre. AJ Auxerre kini bermain di Ligue 2 (liga divisyen 2 Perancis).

Auxerre akhirnya mendapat slot divisyen 3 liga Perancis. 4 tahun kemudian Auxerre berada di divisyen 2. Satu pencapaian yang baik bagi sebuah kelab kecil dengan dana yang amat terhad.

Pada tahun 1979, Auxerre berjaya layak ke final Piala Perancis, satu pencapaian yang membanggakan buat kelab berkenaan.

Roux sedar akan kekurangan pasukannya dari segi kewangan, maka pelaburan melalui akademi pemain muda diberikan tumpuan. Pemain-pemain bintang seperti Eric Cantona dan Basile Boli adalah hasil dari pembangunan akademi Auxerre yang diuruskan oleh Roux.

Selang beberapa tahun kemudian, Auxerre akhirnya berjaya mendapat slot di Ligue 1 Perancis dan berjaya layak ke Piala Eropah.

Terlalu banyak kejayaan yang dicipta Auxerre di bawah kepimpinan Roux. 44 tahun adalah jangkamasa yang begitu lama dan kisah-kisah jatuh bangun Auxerre akan kekal diingatan seluruh peminat bola sepak di Perancis.

Roux akhirnya bersara selepas 44 tahun pada tahun 2005. Dengan 4 kejuaraan Piala Perancis dan satu kejuaraan Ligue 1. Tujuh tahun selepas persaraan Roux, Auxerre akhirnya jatuh ke divisyen 2 selepas 32 tahun kekal di divisyen tertinggi Liga Perancis.

Guy Roux / 1961–2005 / 44 Tahun

Pengurus Bolasepak paling Lama di Eropah