4 Sebab Utama Kenapa Malaysia Tewas Kepada Korea Utara

Encik Bakri oleh Encik Bakri 3 hari yang lalu

Kekalahan kedua yang dialami oleh Harimau Malaya di kaki Korea Utara di bumi Thailand dengan jaringan yang sama dengan perlawanan pertama 4-1. Penjaring gol saguhati Malaysia juga dari Sapawi Rasid.

Separuh masa pertama Malaysia ketinggalan 3-0 di mana pemain Korea Utara Kim Yu Song mencatat hatrik pada minit ke-15, 20 dan 44. Separuh masa kedua Korea Utara hanya berjaya menambah satu gol melalui Pak Kwang Ryong pada minit ke-79 sebelum Safawi Rasid sekali lagi menjaringkan gol saguhati Harimau Malaya.

Terdapat 4 sebab utama kenapa Malaysia tewas kepada kepada Korea Utara pada perlawanan kedua dan sebab ini juga boleh diguna pakai untuk perlawanan pertama juga.

1. Gol Pertama Korea Utara

Pemain Korea Utara, Kim Yu Song telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan 15 selepas perlawanan bermula.

2. Gol Kedua Korea Utara

Lima minit berselang Kim Yu Song menambah gol kedua Korea Utara pada minit ke-20 untuk mendahului 2-0.

3. Gol Ketiga Korea Utara

Kim Yu Song sekali lagi menjadi duri dalam daging Harimau Malaya apabila melengkapkan hatrik beliau pada penghujung separuh masa pertama.

Tamat separuh masa pertama Korea mendahului 3-0.

4. Gol Keempat Korea Utara

Separuh masa kedua Malaysia berjaya mengekang Korea Utara dari menambah jaringan sehinggalah Pak Kwang Ryong berjaya menambah gol ke-4.

Sapawi Rasid kemudian menjaringkan gol saguhati Malaysia pada minit ke-85.

Kecewa?

Barisan kesebelasan utama yang diturunkan Vingada The Professor ketika perlawanan kedua menentang Korea Utara mengejutkan ramai pihak.

Imej :FAM

Kekalahan Malaysia ini nyata mengecewakan dan anda boleh menyalahkan sesiapa saja atas kekalahan ini.

Namun penulis lebih suka untuk menyalahkan pemain Korea Utara kerana menjaringkan gol lebih banyak berbanding pasukan Malaysia.

Dalam perlawanan bola sepak untuk menang sebuah pasukan wajib menjaringkan gol lebih dari pihak lawan dan itulah dilakukan Korea Utara.

Maka para pemain Korea Utara yang menjaringkan gol harus dipersalahkan dan bertanggungjawab dengan kekalahan Malaysia.

Tak setuju tak mengapa.




Paparkan Komen