The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

20 Pengurus Paling Membosankan Di EPL

Encik Bakri pada December 9, 2015

Keputusan seri tanpa jaringan menentang West Ham Sabtu lalu meningkatkan lagi tekanan ke atas pengurus Manchester United, Louis van Gaal, untuk menilai semula falsafah dan taktik permainan beliau dalam membimbing Red Devils.

Dalam 10 perlawanan terakhir United, tujuh keputusan seri telah dicatatkan dan lima keputusan tersebut berakhir tanpa sebarang jaringan.

20-pengurus-paling-membosankan-di-epl
Loui Van Gaal

Corak permainan sebegini yang amat berbeza dengan taktik menyerang lebih laju dan agresif ketika United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson telah menyebabkan sebahagian peminat menyindir bahawa benarlah stadium United, Old Trafford, digelar Theatre of Dreams kerana di situlah peminat mula mengantuk lalu dibuai mimpi.

Namun timbul persoalan, benarkah keputusan ini menjadikan van Gaal pengurus paling membosankan?

Jika keputusan seri tanpa jaringan atau 0-0 menjadi ukuran, berikut merupakan 20 pengurus ‘paling membosankan’ dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, menurut The Telegraph.

20 Pengurus Paling Membosankan Di EPL

20 Pengurus Paling Membosankan Di EPL. Senarai ini disusun berdasarkan peratus perlawanan yang berakhir dengan keputusan 0-0 berbanding jumlah perlawanan yang dikendalikan oleh pengurus tersebut:

20. Gordon Strachan – Coventry City, Southampton – 10.7% (29/271)

19. Alex McLeish – Birmingham City, Aston Villa – 10.9% (15/138)

18. John Gregory – Aston Villa – 11.1% (18/162)

17. Ron Atkinson – Aston Villa, Coventry City, Nottingham Forest – 11.3% (23/204)

16. Michael Laudrup – Swansea City – 11.3% (7/62)

15. Roy Hodgson – Blackburn Rovers, Fulham, Liverpool, West Bromwich Albion – 11.5% (25/217)

14. Dave Bassett – Sheffield United, Nottingham Forest, Leicester City – 11.5% (15/130)

13. Iain Dowie – Crystal Palace, Charlton Athletic, Hull City – 11.9% (7/59)

12. Walter Smith – Everton – 11.9% (17/143)

11. Jim Smith – Derby County – 12.2% (24/197)

10. Stuart Pearce – Nottingham Forest, Manchester City – 12.3% (13/106)

09. Chris Hughton – Newcastle United, Norwich City – 12.4% (12/97)

08. John Deehan – Norwich City – 12.5% (7/56)

07. John Lyall – Ipswich Town – 12.9% (13/101)

06. Louis van Gaal – Manchester United – 13.2% (7/53)

05. Phil Neal – Coventry City – 13.6% (8/59)

04. Brian Horton – Manchester City – 13.9% (11/79)

03. Jean Tigana – Fulham – 15.5% (11/71)

02. George Graham – Arsenal, Leeds United, Tottenham Hotspur – 15.7% (45/287)

01. Gus Poyet – Sunderland – 18.3% (11/60)

Sumber :http://www.astroawani.com/berita-sukan/20-pengurus-paling-membosankan-dalam-sejarah-liga-perdana-inggeris-di-mana-louis-van-gaal-84198