13 Kelab Liga Super China Mungkin Disingkir Kerana Krisis Kewangan

Eikrem oleh Eikrem 4 minggu yang lalu

Awal tahun ini kita telah saksikan sejumlah wang yang banyak telah dibelanjakan oleh kelab-kelab China untuk membeli dan membayar gaji pemain.

Misalnya Carlos Tevez diiktiraf sebagai pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia.£600,000 seminggu bersama Shanghai Shenhua, manakala Oscar dibeli pada harga £60 juta oleh Shanghai SIPG kepada Chelsea.

Tujuh bulan kemudian, Liga Super China digemparkan dengan skandal gaji tertunggak para pemain dan juga kelab gagal membuat pembayaran penuh yuran perpindahan, dengan Shanghai SIPG dan Shanghai Shendua dikatakan terlibat.

Daripada 16 kelab Liga Super China (CSL), hanya tiga pasukan yang tidak mempunyai masalah kewangan dan layak untuk didaftarkan untuk menyertai liga pada musim depan - Yanbian Funde, Henan Jianye and Guizhou Zhicheng. Ironinya, ketiga-tiga pasukan ini boleh dikatakan pasukan kecil-kecilan. Kalau di Malaysia ni ibarat MISC-MIFA je.

Pun begitu, SIPG menafikan bahawa mereka mempunyai sebarang tunggakan bayaran, baik gaji atau yuran perpindahan.

"Selepas dikenal pasti, kami sudah membayar semua tunggakan pada bulan Oktober tahun lepas dan kami sudah menghantar sijil berkaitan kepada Persatuan Bola Sepak China (CFA). Dengan ini kami mengesahkan bahawa kelab kami tidak ada sebarang tunggakan lagi," kata wakil SIPG.

Seteru setempat, Shenhua pula mengakui mereka mungkin mempunyai sedikit isu dalam pembayaran tunggakan kepada kelab-kelab terdahlu pemain mereka, tetapi pada masa yang sama menafikan pemain mereka mempunyai masalah gaji.

"Kami telah menerinma notis daripada CFA. Satu-satunya masalah kami ialah yuran mekanisme sambung bayar, tiada kaitan dengan gaji dan bonus tak dibayar," kata pegawai media Shenhua Encik Yue.

"Kami perlu sahkan dengan jabatan kewangan kami dan pastikan kami sudah membayar kesemua yuran pampasan.

"Kalau semua dah selesai, kami akan hantar dokumen berkaitan kepada CFA, kalau tak, kami selesaikan semua masalah dulu.

"Setakat ini, kita tak jamin kita dah selesaikan semua pembayaran atau tidak sebab kadang-kadang pemain ni, terutamanya pemain asing, mungkin telah bermain untuk beberapa kelab termasuk kelab kerdil sebelum menyertai Shenhua.

"Jadi,kami mungkin terlupa atau terlepas pandang kelab-kelab ini secara tidak sengaja," kata Encik Yue lagi, mengakui kesilapan sendiri tanpa menunding jari kepada badan bola sepak negara China.

Dua lagi kelab kaya, Beijing dan Shandong mendakwa mereka telah membayar kesemua yuran yang terlibat. Menariknya, Shandong telah membayar kelab Brazil sejumlah wang untuk yuran tersebut, tetapi mereka tidak mendapat pengesahan dalam bentuk resit.

Dua pemain Brazil, Gil dan Diego Tadelli adalah anggota pasukan Shandong ada musim ini, selain Grazano Pelle dan Papiss Cisse.

Diego Tardelli | Gambar : cnews.com

Beijing pula telah mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menuduh kelab tersebut tidak membayar yuran perpindahan Renato Augusto dari Flamengo pada 2016.

Pasukan ibu kota tersebut menegaskan mereka sudah membayar sepenuhnya pada Oktober 2016 dan akan hantar bukti kepada CFA.

Perbelanjaan mewah pasukan-pasukan CSL telah memaksa kerajaan memperkenalkan undang-undang baharu di mana pasukan perlu membayar cukai yang sama harganya dengan pemain, dengan nilai minimum 45 juta yuan (RM25 juta).

Ini bermakna jika Beijing membeli Akhyar dari Kedah pada harga RM30 juta, maka cukai yang akan dikenakan juga RM30 juta.

Beberapa minggu lepas pula AFC telah mengeluarkan satu pekeliling yang menyatakan sekiranya ada kelab yang mempunyai tunggakan bayaran selepas 31 Ogos 2017, maka kelab tersebut akan disingkirkan daripada Liga Juara-juara AFC pada tahun 2018.

AFC turut mengarahkan persatuan bola sepak di setiap negara untuk membuat siasatan dan memaklumkan kepada mereka sebelum 15 Ogos nani.

"Kelab mempunyai tempoh sehingga penghujung Ogos untuk menunjukkan bahawa tunggakan telahpun diselesaikan," kata AFC dalam satu kenyataan.

"Tindakan ini adalah untuk mempromosi disiplin kewangan di kalangan kelab bola sepak di Asia."

Sumber berita : South China Morning Post


Share Tweet


Paparkan Komen