11 Pemain Terbaik Kidal VS 11 Pemain Terbaik Kaki Kanan

Eikrem 5 bulan yang lalu

Bila kita menyebut tentang pemain bola sepak hebat yang dominan kaki kiri atau kidal, pasti hanya ada beberapa nama yang muncul di minda terutamanya Leo Messi, Angel di Maria dan juga Zubir Azmi. Ini kerana hanya 8-12% populasi dalam dunia ini yang dikategorikan sebagai kidal. Tak ramai kan?

Tetapi kalau disebut pemain hebat yang berkaki kanan, dengan senang kita sebutkan nama-nama seperti Cristiano Ronaldo, Eden Hazard dan Badri Radzi.

Daripada beribu pemain bola sepak di atas muka bumi ciptaan Tuhan Yang Maha Esa ini, cuba kita senaraikan 11 pemain terbaik berkaki kiri menentang 11 pemain terbaik berkaki kanan.

Berikut kami kongsikan 11 pemain terbaik yang kidal menentang kaki kanan yang dipilih tabloid dari UK, The Sun

11 Terbaik Kidal

Agak sukar untuk kita melihat pemain kidal yang bermain di posisi bek kanan kan? Selalunya ramai pemain yang berkaki kanan yang bermain di posisi bek kiri contohnya seperti Glenn Johnson dan Ashley Young.

Namun bagi posisi bek kanan ini sesuai diberikan kepada David Alaba dari Bayern Munich kerana pemain ini cukup versatile. Dia pernah bermain di bahagian tengah, pertahanan tengah, bek kiri dan bek kanan.

Bahagian pertahanan yang lain diisi Chiellini, Vertonghen dan juga Marcelo – dengan kata lain, apabila menerima serangan balas hanya tinggal tiga pemain sahaja di bawah memandangkan Marcelo masih lagi berborak-borak di atas.

Blaise Matuidi berfungsi sebagai pemusnah di bahagian tengah tengah bertahan untuk memberikan kebebasan kepada Angel Di Maria dan Mesut Ozil untuk merencana serangan. Bila sebut Ozil ni kau jangan la harap dia turun bawah nak tolong pertahanan. Kau jangan tanya kenapa takde Hafiz Kamal kat sini.

Leo Messi, Antoine Griezmann dan Gareth Bale – jangkakan serangan pantas yang bakal memporak perandakan pasukan lawan. Mesti pertahanan lawan confuse macam mana nak jaga zonal atau man marking.

Simpanan : David Silva, Paulo Dybala, James Rodriguez, Arjen Robben dan Jordi Alba.

11 Pemain Terbaik Kaki Kanan

Meskipun pendapat peribadi penulis David De Gea lebih layak, mungkin The Sun pilih Manuel Neuer kerana taktik yang bakal diapplikasi.

Cesar Azpilicueta sememangnya layak kerana dia juga pernah bermain di posisi tersebut di Chelsea. Philip Lahm, Sergio Ramos dan Diego Godin – menampakkan ciri-ciri pasukan ini akan bermain secara bertahan dan menunggu Ramos jaringkan gol pada minit akhir permainan.

Luka Modric, Andres Iniesta dan Eden Hazard melengkapkan trio pemain tengah dengan Modric bermain sebagai regista.

Bahagian depan pula dilengkapkan oleh Cristiano Ronaldo, Robert Lewansdowski dan Luis Suarez. Sifir dia mudah sahaja. Sebaik wisel permulaan ditiup, Lewandowski hanya perlu berlari ke arah gol lawan dengan Ronaldo dan Suarez bakal membawa bola dan cut inside lalu shoot. Kalau bola masuk, Lewandowski pergi lah celebrate sama, kalau ada bola muntah, Lewandowski rembat dan pasti dapat gol.

Pemain simpanan : N’golo Kante, Toni Kroos, Kevin De Bruyne, Marco Veratti, Neymar, Alexis Sanchez, Pierre-Emerick Aubameyang, Kiatisuk Senamuang, AC Mizal, Basikal.*

*Tiada Pogba. Kah Kah Kah.

Pengadil

Pengadil : Mark Clattenburg

Pembantu pengadil : Paan UiTM, Nicola Rizzoli

Pegawai keempat perlawanan : Sir Alex Ferguson

Ramalan

Pasukan kidal menang mudah kerana pasukan kaki kanan pasti akan down dengan Ronaldo yang hanya akan menggelecek sorang-sorang. Lagipun Lahm dengan Chiellini tak larat nak kejar Bale, Messi dan Griezmann yang memporak perandakan rumah tangga mereka. Bila Ronaldo nak dikeluarkan, maka Neymar dan Aubameyang bergaduh berebut nak masuk, dengan Luis Suarez dah ugut kalau Neymar tak main dia keluar padang.

Diolah dari sumber  : The Sun