11 Pemain Bintang Yang Hampir Menyertai Arsenal

Eikrem oleh Eikrem 7 bulan yang lalu

Arsene Wenger sudah lama melebarkan kuda-kudanya di Arsenal, sejak zaman Highbury sampailah ke Emirates. Dalam tempoh ini, lebih 200 pemain telah diturunkan oleh pengurus lagenda The Gunners ini. Sebut sahaja nama Thierry Henry, Ashley Cole, Tony Adams, Patrick Vieira, Robert Pires, Dennis Bergkamp, pastinya peminat Arsenal terbayang-bayang barisan kebal yang tidak tewas ketika memenangi liga pada musim 2003-04.

Di sebalik nama pemain-pemain bintang di atas, ramai juga pemain yang cuba dibeli Wenger namun menemui jalan hampa. Yang terbaharu ialah pemain tengah Chelsea, N'Golo Kante di mana Arsenal turut membida pemain ini daripada Leicester namun dikecewakan Chelsea yang sanggup berbelanja besar.

Berikut adalah kesebelasan pemain yang hampir hampir hampir hampir hampir menyertai Arsenal, namun membuat u-turn.

Gigi Buffon

Lagenda Itali ini telah mengumumkan suatu ketika dahulu bahawa dia berminat untuk menyertai Wenger di Arsenal jika Juventus tidak memerlukan khidmatnya lagi, namun sampai ke sudah masih bersama kelab Turin tersebut. Penat menunggu, Wenger akhirnya memilih Manuel Almunia untuk bersaing dengan Jan Lehmann. Jauh beza tu.

Gerard Pique

Pique dikhabarkan ingin dibawa ke Arsenal bersama-sama dengan rakan sepelatih di La Masia, Cesc Fabregas, namun gagal disebabkan tidak mendapat permit kerja di United Kingdom. Usai usaha mereka menemui jalan buntu, Wenger memilih untuk membawa Philippe Senderos. Pilihan yang bijak!

Vincent Kompany

Pemenang dua kali EPL ini hampir (lagi) dibeli Arsenal dari kelabnya di Belgium, Anderlecht, ketika Wenger ingin mencari pengganti Sol Campbell untuk jangka masa panjang. Walaubagaimanapun, nilai £5 juta yang diletakkan oleh kelab tersebut memalingkan wajah Wenger ke arah Johan Djourou. Satu lagi pembelian bijak.

Roberto Carlos

Lagenda Brazil ini pernah berkata bahawa dia akan menyertai Gooners selepas kontraknya bersama Real Madrid tamat, namun membuat u-turn pada saat akhir dengan menyertai kelab Turki, Fenerbahce. Meskipun gagal membawa Carlos, Wenger bernasib baik apabila ditemukan the next Roberto Carlos, Andre Santos. Kah Kah Kah.

Cristiano Ronaldo

Ini cerita betul. Ronaldo yang telah diriki oleh Wenger  ketika bermain di Sporting, akhirnya bersetuju untuk menyertai kelab London tersebut. Ronaldo telah terbang ke London dan dibawa melihat sekitar London Colney dan juga diberikan jersi Arsenal dengan namanya di belakang. Malah, yuran perpindahan £4 juta turut dipersetujui dengan kelab Lisbon tersebut. Malang nasib Wenger apabila selepas Ronaldo pulang ke Lisbon, pasukan Sporting mengadakan perlawanan persahabatan dengan Manchester United.

Ronaldo memberi pengajaran berguna buat anak buah Alex Ferguson dalam perlawanan tersebut menyebabkan United terus Ronaldo ke Old Trafford dengan nilai £18 juta. Lagipun ketika itu Sporting adalah kelab feeder Manchester United. Memang keutamaan akan diberikan kepada United la jawab dia.

Yaya Toure

Yaya Toure berada dalam radar Arsenal sejak usia mudanya namun dinafikan permit kerja pada tahun 2003, walaupun telah menyarung jersi Gooners dalam perlawanan persahabatan menentang Barnet. Wenger akhirnya hilang sabar dengan masalah birokrasi ini lalu membatalkan hajat membawa abang adik Kolo Toure ini.

Xabi Alonso

Ketika pengurus Liverpool, Rafa Benitez berkira-kira ingin membawa Gareth Barry ke Anfield, Alonso gusar cahaya kariernya akan terpadam lalu pergi ke London bersama ejennya dengan harapan dapat persetujuan menyertai Arsenal pada harga £15 juta. Nak dijadikan cerita, Barry sebaliknya menyertai Manchester City dan Mikel Arteta dibawa ke Arsenal. Alonso kekal di Liverpool sebelum menyertai Real Madrid.

Angel Di Maria

Niat Wenger untuk membawa Di Maria ke London bukanlah ketika pemain ini berada di Real Madrid, sebaliknya ketika perancang Argentina ini berusia 17 tahun. Lebih dramatik lagi, pihak pengurusan Arsenal telah membatalkan tiket penerbangan pemain ini untuk ke London, kerana gusar tidak akan mendapat permit kerja.

Leo Messi

Sebelum gelak, ada baiknya habiskan baca dahulu perenggan ini. Menurut pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague, peninjau bakat Arsenal bukan setakat melihat pemain ini ketika berusia 15 tahun bermain, malah Messi juga turut ditawarkan kontrak! Tapi tu lah, perancangan tidak menjadi dan Messi kekal di Barcelona. Tak tahu lah apa akan terjadi kalau Messi terima kontrak Arsenal dulu. Hmmmmmmmm.

Zlatan Ibrahimovic

Zlatan sudah hampir pasti melakukan perpindahan bernilai £3 juta dari Malmo ketika dia berusia 19 tahun. Namun segalanya tinggal kenangan setelah Wenger menyuruh pemain paling angkuh di atas muka bumi ini melalui satu perlawanan ujian. Dengan tenang Zlatan menjawab,"Zlatan tak buat ujibakat."

Sebaliknya, Arsenal membeli pemain West Ham, pemain bek sayap yang disangka penyerang. Oh, Wenger! Why art thou thinking?

Didier Drogba

Wenger mendakwa beliau boleh menandatangani Drogba dengan nilai kurang dari £100,000 semasa pemain Ivory Coast itu beraksi bersama Le Mans.

Selepas beberapa kali melihat aksi lagenda Chelsea itu, Wenger merasakan Drogba tidak bersedia untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Arsenal yang penuh prestij lagi berkaliber.

Semua ini hanya menjadi penyesalan.

Pemain Simpanan

Wenger pernah melamar pemain ini tetapi ditolak kerana pemain ini mahu berbakti kepada rakyat dengan CGPA yang cemerlang pemain ini merasakan rakyat lebih memerlukan beliau berbanding Arsenal.

Kesebelasan Utama

Jika semua pemain di atas menyertai Arsenal, kemungkinan besar kesebelasan utama Arsenal hari ini adalah seperti di bawah. Kuat nokhorom!

Sumber artikel : Mirror Football




Paparkan Komen