The Sukan

Cerna Lemak Atas Talian

10 Syarikat Pembuat Kereta Yang Menaja atau Memiliki Kelab Bolasepak

Encik Bakri pada October 29, 2016

Penajaan dan pemilikan kelab bolasepak oleh syarikat pembuatan kereta bukanlah sesuatu yang baru terutama di Jerman, cuma 5-6 tahun kebelakangan ingin trend ini semakin menjadi-jadi ekoran kelab-kelab bolasepak mempunyai nilai komersil yang tinggi maka berlumba-lumbalah para pembuat kereta membuat penajaan untuk mendapatkan keuntungan yang besar.

Proton boleh di katakan Trendsetter kepada perkembangan penajaan seumpama ini. Untuk rekod Proton pernah menaja Norwich City pada tahun 2003 sehingga 2006. Hanya segelintir syarikat sahaja yang memiliki kelab atau mempunyai pegangan di dalam kelab.

Gambar : Getty Images
Gambar : Getty Images

Kebanyakkanya syarikat pengeluar kereta berperanan sebagai penaja samada sebagai penaja utama atau kedua dalam menyediakan pengangkutan rasmi dan menawarkan beberapa faedah lain kepada kelab. Antara faedah lain adalah seperti menawarkan diskaun kepada peminat yang mendaftar sebagai ahli kelab rasmi seperti yang Proton lakukan semasa menaja Norwich City.

Dibawah merupakan 10 senarai pembuat kereta yang menaja atau memiliki kelab bolasepak.

10. BMW – Eintracht Frankfurt

https://www.flickr.com/photos/comparaonline/3952981009
Gambar : Flickr

Pengeluar kereta mewah Jerman ini menggantikan Alfa Romeo sebagai rakan automotif rasmi (official automotive partner) kelab Eintracht Frankfurt pada bulan Ogos yang lalu.

BMW nama pendeknya yang popular, nama panjangnya adalah Bayerische Motoren Werke AG dalam bahasa Jermannya baɪ̯ʁɪʃə mɔˈtʰɔʁn̩ ˈvɛɐ̯kə dan dalam Dahasa Melayu German for Bavarian Motor Works telah menaja Eintracht Frankfurt pada tahun 2008 sehingga 2013 sebelum Alfa Romeo mengambil alih penajaan dan kemudian BMW balik taja. Dah macam penggiliran tanaman padi.

Perjanjian penajaan BMW dan Eintracht Frankfurt bermula musim 2016/17 dengan kontrak tajaan selama setahun.

9. Opel – FSV Mainz

http://www.autonews.fr/dossiers/industrie/65083-partenariat-citroen-remise-sur-arsenal/
Gambar : Auto News

Opel merupakan syarikat automobil dari Jerman yang berpengkalan di Russelheim aktif dalam menaja kelab Jerman sejak 2012. Antara pasukan yang ada dalam senarai penajaan mereka adalah Borussia Dortmund, Bayer Leverkusen dan SC Freiburg.

Pada awal tahun 2016, FSV Mainz telah bersetuju menukar nama stadium mereka kepada Opel Arena. Sebelum ini stadium ini dinamakan The Coface Arena kerana perjanjian penajaan dengan Coface sebuah syarikat kredit insuran dari Perancis.

Selepas penukaran nama baru stadium, Opel dan Mainz telah mengumumkan lanjutan perjanjian selama 5 tahun sehingga tahun 2021. Selain penukaran nama stadium antara faedah lain melalui perkongsian ini termasuklah pakej promosi dan kemudahan.

8. Dacia – Udinese

http://www.ansa.it/motori/notizie/rubriche/news/2013/09/14/Dacia-regala-spazio-sponsor-maglia-Udinese_9299824.html
Gambar : Ansa

Dacia, syarikat automotif dari Romania telah menjalinkan kerjasama dengan kelab Italy ini sejak tahun 2009.

Dacia merupakan anak syarikat kepada pembuat kereta Perancis, Renault. Dacia merupakan syarikat yang memperoleh pendapatan terbesar di Romania dan juga pengeksport utama negara.

Udinese telah bersetuju untuk melanjutkan perjanjian pada awal tahun ini, menyaksikan kerjasama mereka akan berakhir pada tahun 2020. Antara penaja lain Udinese adalah Mediaset Premium, Benpower dan Sky Gas & Power.

7. Citroen – Arsenal

http://www.autonews.fr/dossiers/industrie/65083-partenariat-citroen-remise-sur-arsenal/
Gambar : Auto News

Citroen, pembuat kereta dari Perancis dan Arsenal telah menjalinkan hubungan intim sejak 2008 dan pada tahun 2014 kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyambung lagi hubungan ini untuk tempoh 3 tahun lagi.

Walaupun bukan sebagai penaja utama, sumbangan Citroen kepada Arsenal amat dirasai. Mereka menjalankan program pemasaran, digital dan aktivit promosi bersama-sama. Mereka menang sama-sama dan kalah sama-sama.  Citroen juga telah menyediakan pelbagai model kereta untuk jurulatih, staf dan pemain serta bertanggungjawab dalam menguruskan pengangkutan peralatan pasukan Arsenal.

Buat masa sekarang penaja utama Arsenal adalah Fly Emirates dan Puma, bersama penaja lain seperti Gatorade, BT Sport dan Coopertires.

6. Hyundai – Lyon

http://www.marketingregistrado.com/fr/futbol/2014/09/3590_hyundai-continuara-con-el-olympique-lyon-por-dos-temporadas/
Gamabr : Marketing Registrado

Lyon ditaja oleh Pembuat kereta dari Korea Selatan sejak tahun 2012. Hasil tajaan itu logo syarikat Hyundai telah tertera di jersi pasukan Lyon.

Hyundai menggantikan Betclic sebagai penaja kelab dan dilaporkan Hyundai membayar sebanyak €5 juta setahun kepada Lyon. Jumlah itu kurang €2 juta berbanding bayaran yang dibuat oleh penaja sebelumnya.

Lyon merupakan kelab yang berjaya di Perancis dimana memenangi gelaran juara Ligue 1 untuk 7 musim berturut-turut dari musim 2001/02 sehingga musim 2007/08. Lyon juga telah memenangi Coupe de France sebanyak 5 kali.

Di peringkat Eropah, Lyon pernah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2009/10 dan mara ke suku akhir sebanyak 3 kali.

5. Volkswagen – VFL Wolfsburg

http://www.autobild.de/bilder/autos-und-fussball-2010-1237685.html#bild1
Gambar : Auto Bild

Volkswagen bukan sahaja bertindak selaku penaja tetapi mereka juga merupakan pemilik kelab Wolfsburg. Syarikat automobil Jerman itu telah menjadi penyumbang utama Wolfsburg sejak tahun 1950-an lagi.

Kewujudan Wolfsburg di Bundesliga sentiasa di bayangi oleh Bayern Munich dan Borussia Dortmund sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hanya sekali Wolfsburg pernah muncul juara Bundesliga sepanjang 78 tahun kewujudan mereka.

Walaupun kelab ini kurang dari segi kejayaan tetapi mereka merupakan kelab yang sentiasa mempunyai dana yang mencukupi. Volkswagen dipercayai telah menyuntik dana sebanyak €100 juta setahun kepada Wolfsburg dan mereka membayar €30 juta untuk penajaan bagi musim 2015/16. Jumlah ini sama dengan penajaan yang diterima oleh Bayern Munich dari Telekom (bukan Telekom Malaysia) dan lebih €10 juta daridapa penajaan yang diterima Dortmund.

Selain Wolfsburg, Volkswagen juga telah menaja 4 kelab lain di Jerman iaitu Hannover 96, Werder Bremen, Schalke 04 dan 1860 Munich.

4. Mercedes-Benz – VFB Stuttgart

http://auto-geil.de/2013/03/21/mercedes-benz-cla-trikotwerbung-beim-vfb-stuttgart/
Gambar : Auto Geil

Mercedes-Benz yang merupakan anak syarikat kepadaa Daimler AG(bukan syarikat pengeluar cakelat Daim) dikenali bukan sahaja sebagai pengeluar kereta mewah tetapi juga dikenali sebagai pengeluar bas dan juga trak.

Penaja utama VFB Stuttgart ini telah menamakan stadium Stuttgart sebagai Mercedes-Benz Arena di mana nama ini hampir menyerupai nama kilang dan muzium pengeluar kereta tersebut. Nama tersebut di tukar dari nama asal Gottlieb-Daimler-Stadion pada tahun 2008. Pada tahun 2012, Mercedes-Benz Bank telah menjadi penaja utama kelab.

Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk lanjutan penajaan sebelum berakhirnya liga musim lepas walaupun VFB Stuttgart telah tersingkir dari Bundesliga. Mereka tersingkir dari liga utama Jerman tetapi perkongsian bersama Mercedes-Benz ini akan berterusan sehingga 2019.

3. Jeep – Juventus

http://www.winkler-noah.com/portfolio-item/juventus-jeep/
Gambar : Winkler Noah

Jeep merupakan penaja utama Juventus sejak 4 tahun lalu. Syarikat SUV dari Amerika Syarikat ini telah menjalinkan usahasama dengan juara Serie A itu sejak tahun 2012 menggantikan Betclic sebagai penaja rasmi jersi Juventus.

Kedua belah pihak telah bersetuju melanjutakan kontrak untuk tempoh 6 tahun lagi pada Ogos 2014, di mana bayaran tajaan permulaan adalah sebanyak €11.7 juta semusim dan akan meningkat setiap tahun sehingga €17 juta.

Jeep dimiliki oleh Chrysler Group yang membeli Fiat pada tahun 2009. Juventus dan Fiat kedua-duanya adalah milik Exor Group of families dan dikuasai oleh ahli keluarga Presiden Kelab iaitu Andrea Agnelli.

Juve juga mempunyai perjanjian sebanyak $26 juta setahun dengan syarikat pakaian sukan terkenal, Nike. Juve merupakan antara kelab Eropah yang berjaya buat masa sekarang. Mereka telah mendominasi Serie A untuk tempoh 5 musim ini.

2. Audi – Bayern Munich

https://www.youtube.com/watch?v=zO2HrxaTLBo
Gambar : Youtube

Audi dan Bayern Munich mempunyai perjanjian untuk tempoh masa yang panjang. Pembuat kereta mewah dari Jerman ini telah menjalankan kerjasama dengan juara Bundesliga ini sejak tahun 2002. Audi juga mempunyai pegangan saham kelab sebanyak 8.33 peratus.

Syarikat yang berpengkalan di Ingolstadt, Bavaria ini dilaporkan telah membayar sebanyak €10 juta setahun kepada Bayern Munich. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju melanjutkan perjanjian pada tahun lepas menyaksikan kerjasama mereka akan berakhir pada Jun 2025.

Audi telah bersetuju dengan syarat kelab di mana Audi perlu membekalkan kereta terbaru keluaran kepada setiap pemain sebelum permulaan setiap musim baru.

1. Chevrolet – Manchester United

http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/general-motors-exec-who-agreed-1218826
Gambar : Mirror

Manchester United ditaja oleh Chevrolet, syarikat kereta yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan merupakan sebahagian daripada pengeluar General Motor.

Setan Merah ini memuktamadkan perjanjian bersama Chevy pada tahun 2012 selepas menamatkan perjanjian dengan penaja terdahulu AON. Tajaan selama 7 musim ini bernilai £350 juta atau sebanyak £50 juta semusim.

Dua tahun lepas, DailY Mail melaporkan bahawa para pemain United tidak mahu memandu kereta yang disediakan oleh Chevy selepas penaja tersebut menyerahkan 15 buah kereta untuk kegunaan pemain. Membazir amalam Setan!.

Chevy berharap untuk mendapatkan sedikit publisiti dari pemain bintang United seperti Wayne Rooney, Robin van Persie dan Radamel Falcao tapi nokharom para pemain ini lebih suka memandu kenderaan sendiri. Maka kenderaan percuma tersebut diguna oleh Staf padang latihan.

United juga ditaja oleh Adidas, di mana Adidas telah membayar sebanyak $107 juta setahun.

Sumber : Sportskeeda


Download aplikasi The Sukan di Google Play